Hot Posts

6/recent/ticker-posts

BMW Shorties ketengah filem-filem pendek Malaysia bersama Astro GO sempena Merdeka, Hari Malaysia


MULAI 24 Ogos lalu sehingga 18 September 2022, BMW Shorties – pertandingan filem pendek dan kandungan digital yang paling berprestij dengan sejarah penganjuran yang paling lama di Malaysia bakal mempamerkan filem-filem BMW Shorties dari tahun 2011 hingga 2019 di Astro GO, meraikan bakat-bakat kreatif warga tempatan dalam pembikinan filem dan kandungan digital.

Ketua Komunikasi Korporat di BMW Group Malaysia, Sashi Ambi, berkongsi;

“BMW Shorties merupakan sebuah usaha kreatif daripada BMW Group Malaysia untuk meneroka dan mendukung bakat-bakat perfileman tempatan dan kini ia kembali untuk tahun 2022. Program ini mengiktiraf para bakat tempatan dalam pengembaraan kreatif mereka, dan kami turut memetik ilham daripada golongan ini sebagai sebuah jenama dalam lapangan inovasi dan kreativiti.

“Kolaborasi dengan Astro ini hadir tepat pada masanya, menjelang sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, ia mendemonstrasikan bahawa usaha kreatif yang berputik di Malaysia ini masih teguh mengiktiraf bakat-bakat tempatan selain menjadi sumber inspirasi kepada semua golongan dalam lapangan kreatif di negara ini,” katanya.


Vice President of VOD/PPV & International at Astro, Sharmin Parameswaran, berkata;

“Sebagai syarikat ternama yang menyediakan aneka konten dan hiburan di Malaysia, kami percaya betapa pentingnya penyampaian konten dan cerita-cerita yang secara uniknya sebati dengan landskap tanah air kita.

"Menjelang detik yang amat bermakna buat negara Malaysia, kami berbesar hati untuk berkolaborasi dengan BMW Shorties bagi mengetengahkan karya-karya pembikin filem dan kandungan digital tempatan buat tatapan lebih ramai individu.

"Dari satu segi, pelbagai kisah menarik yang kita bakal tayangkan ini meraikan asal usul kita, iaitu karya-karya yang dinukil melalui lensa pengalaman yang tersendiri, namun dikongsi bersama,” katanya.


30 filem pendek BMW Shorties yang bakal ditayangkan di Astro GO:

1. Guang oleh Quek Shio Chuan

2. Murdered oleh Chua Dick Woei

3. Sid & Barry oleh Quek Shio Chuan

4. Hidup Bersama oleh Lau Ming Yeow

5. Putus oleh Muhammad Ezmeer Abd Rahman

6. 32°C Fall In Love oleh Tan Seng Kiat

7. Pejam Pelik oleh Mohd Khairul Azri Md Noor

8. Rozita binti Roslan oleh Taufiq Kamal

9. Fish oleh Gan Yu Long

10. Koci 5 Ringgit oleh Khairul Azaharuddin Ariffin

11. Gigi oleh Audrie Yeo

12. Short & Sweet oleh Balachandran S.K. Sivalingam

13. Tuck oleh Gordon Ling Fu Chur

14. Terminal oleh Caston J

15. Hawa oleh Tan Ce Ding

16. Roundabout oleh Liew Yew Yin

17. Never Was The Shade oleh Lim Kean Hian

18. Selam 2.0 oleh Lor Yew Mien

19. Desakan Dewasa oleh Johanna Johan Ariffin

20. Touch oleh Wilson Tai

21. Gold! There is Gold in the River oleh Mallory Lee

22. Colourless oleh Ananth Subramaniam

23. Burn oleh Ng Kwok Yong

24. Handbag oleh Mohd Khairul Anuar

25. Kampung Aman oleh Sherwynn Victor dan Michael Lourdes

26. Pace oleh Ekin Charles

27. Di Sini Aku oleh Putri Purnama Sugua

28. Ralat the Musical oleh Khairi Anwar

29. Pemburungan oleh Chulat

30. Satu oleh John Hafiz


BMW Shorties Kini Kembali!

Di samping tayangan filem-filem pendek BMW Shorties ini di Astro GO, pertandingan BMW Shorties juga bakal kembali untuk tahun yang ke-16, kini dengan tema Re:Imagine! Pertandingan ini bermatlamat untuk menyediakan sebuah platform bagi para pembikin filem dan kandungan digital untuk menzahirkan kreativiti masing-masing, dan pemenang hadiah utama BMW Shorties sekali lagi akan dianugerahkan geran produksi bernilai RM80,000 untuk membikin sebuah filem pendek hasil pembiayaan BMW Shorties.

Nantikan perkembangan terkini di laman Facebook rasmi BMW Shorties di www.facebook.com/BMWShorties dan akaun Instagram di www.instagram.com/bmwshorties . - 7KLIK


[KREDIT: BMW Shorties]

Post a Comment

0 Comments