Hot Posts

6/recent/ticker-posts

AKSI COMEL SUPERHERO HAIWAN DC LEAGUE OF SUPER-PETS



NASKHAH adaptasi daripada kumpulan superhero DC Comics Legion of Super-Pets ini mengisahkan tentang Krypto, anjing putih peliharaan Superman yang bijak, hebat dan mempunyai kuasa luar biasa seperti mana tuannya. 

Mereka sentiasa bergandingan untuk membanteras jenayah dan melawan penjahat di kota Metropolis. Bagaimanapun, segalanya berubah apabila Lulu, haiwan peliharaan penjahat bernama Lex Luthor menyerang Superman sehingga melumpuhkan kuasa istimewa yang ada padanya, selain turut memerangkap rakan superhero lain seperti Batman, Wonder Woman, Aquaman, The Flash, Cyborg dan Green Lantern.

Krypto yang juga mengalami nasib sama, terpaksa meminta bantuan daripada haiwan-haiwan comel yang baru sahaja mendapat kuasa luar biasa secara tidak sengaja selepas insiden yang dicetuskan Lulu.




DC LEAGUE OF SUPER-PETS
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Genre: Animasi/komedi
Durasi: 1 jam 46 minit
Pengarah: Jared Stern
Pelakon Suara: Dwayne Johnson, Kevin Hart, Kate McKinnon, John Krasinski, Keanu Reeves, Sean Lee
Tarikh Tayangan: 28 Julai 2022
Edaran: Warner Bros. Pictures


[KREDIT: Warner Bros. Pictures]







Post a Comment

0 Comments