The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia tampilkan keenakan baharu sempena Ramadan, Raya


BAGI
para penganut agama Islam lembaran bulan Ramadan Al-Mubarak membawa sebuah erti yang begitu istimewa. Bulan ini, mengajak kita untuk bermuhasabah, memperbaiki diri, serta menggamit kesyukuran dan mengimarah sebuah tradisi yang sinonim dengan Ramadan.


Aneka rasa yang menggamit kenangan kita berbuka puasa bersama keluarga pasti akan terpaut di dalam minda, sempena bulan Ramadan dan musim Raya ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia berhasrat untuk menggamit detik-detik manis anda bersama ahli keluarga dan rakan taulan, serta mencipta kenangan baharu pada masa yang sama menerusi aneka minuman bermusim kami di samping menu baharu yang berunsurkan Ramadan dan Raya.

Ketua Jualan & Pemasaran, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, Fiona Rodrigues berkata;

“Bulan Ramadan kali ini amat bermakna kerana kita sebagai sebuah keluarga Malaysia sedang melalui proses peralihan ke fasa endemik.

"Menu Ramadan dan Raya kami memetik inspirasi daripada pelbagai juadah tradisional untuk memenuhi cita rasa yang sinonim dengan rakyat Malaysia, dan ianya turut diberi sentuhan yang lebih menarik.

“Berbekalkan langkah penjagaan yang menepati piawaian di semua cawangan kami, kami juga ingin mengalukan para tetamu dan keluarga mereka untuk menikmati tawaran khas kami pada musim yang mulia ini.

"Menerusi juadah berunsur Ramadan dan Raya kami ataupun aneka minuman Cold & Bold kami, keenakannya pasti dapat mengimbau kenangan manis anda di samping mengukir memori yang baharu,” katanya.




Barisan minuman Cold & Bold yang diperkenalkan oleh The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia menanti warga Malaysia sempena musim perayaan ini, para peminat kopi bru sejuk khususnya dapat merasai keenakan minuman ini yang menyegarkan serta rasanya yang kaya. Minuman ini telah dirumus dengan menggandingkan biji kopi Ethiopian Yirgacheffe dan Bali Blue Moon.

Pembuatannya melibatkan proses penyejukan selama 20 jam untuk memaksimumkan perisa yang diekstrak, lalu membentuk asas yang membekalkan kemulusan dan keseimbangan dalam minuman Cold Brew Black (kecil RM 11.50 dan biasa RM 12.50), Cold Brew Latte (kecil RM 12.50 dan biasa RM 13.50) serta Cold Brew Midnight (biasa RM 14.50).

Sempena Ramadan ini khususnya, barisan minuman Cold & Bold juga menampilkan Cold Brew Burnt Caramel (kecil RM 14.50 dan biasa RM 15.50), ianya hadir dengan perisa yang diperkayakan dengan gandingan yang mempesona untuk merangsang deria-deria anda.

Apa jua pilihan anda, setiap minuman dirumus dengan sempurna, malah anda juga akan serambang mata dengan melihat cara minuman tersebut dipersembahkan.

Turut hadir bersama minuman Cold & Bold ialah juadah beku dalam bentuk Double Chocolate Banana Caramel Ice Blended® (kecil RM 17.90 dan biasa RM 18.90). Anda pasti ingin mencuba pencuci mulut yang boleh diminum ini!

Sempurnakan sesi menjamu selera anda dengan aneka hidangan Ramadan yang disediakan oleh The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia seperti Masak Merah Spaghetti dan Rendang Pandesal yang segar-segar belaka; lalu simpulkannya dengan kek pencuci mulut yang diberi nama The Straits serta The Raya.

Menu Ramadan/Raya kami yang hadir dengan rasa keenakan yang anda kenali lebih seronok dinikmati bersama seisi keluarga.

Mulai hari ini hingga 2 Mei, jangan lepaskan peluang untuk merebut promosi Ramadhan Late Night Dessert Special yang akan ditawarkan dari jam 8 malam sehingga waktu tutup operasi; setiap dua minuman yang dibeli akan disertakan dengan pencuci mulut percuma.

Di samping itu, kini disediakan pada harga RM2.50 sebagai 'add-on' bagi mana-mana minuman berais/sejuk (tidak termasuk minuman Ice Blended®) ialah Cream Cap – menyuntik kemulusan pada minuman anda dengan sentuhan velvet.

Untuk tempoh masa terhad sahaja, dari 8 April hingga 7 Mei, Cream Cap disediakan pada harga pelancaran istimewa bernilai RM1.80 sahaja di kedai kami dan melalui platform kutipan Leaf With Me.

Bagi pelanggan yang mahu minuman kegemaran mereka dihantar terus ke rumah dari The Coffee Bean & Tea Leaf®, nantikan promosi istimewa bagi Cream Cap di platform perkhidmatan penghantaran yang terpilih dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, koleksi barangan keluaran The Coffee Bean & Tea Leaf di bawah nama Nerium Series juga bakal menemui anda tidak lama lagi. - 7KLIK 


[KREDIT: The Coffee Bean & Tea Leaf®]

Post a Comment

Previous Post Next Post