Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Izzuddin - Sze Fei Juara Terbuka Jerman



KUALA LUMPUR:
BEREGU lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mendapat tonik terbaik menjelang saingan Seluruh England apabila muncul juara Terbuka Jerman di Mulheim, awal pagi tadi.

Kejayaan itu hadir selepas pasangan ranking ke-17 dunia itu menumbangkan beregu China, Liu Yuchen-Ou Xuanyi 23-21, 16-21, 21-14 dalam aksi final yang berlangsung selama 1 jam 10 minit.

Sebagai rekod, ia gelaran pertama buat Izzuddin-Sze Fei dalam kalendar Jelajah Dunia BWF dengan pencapaian terbaik mereka sebelum ini adalah muncul naib juara pada saingan Masters Malaysia 2017.

Pasangan negara itu kini akan mengalihkan tumpuan bagi menghadapi aksi Seluruh England di Birmingham yang akan bermula esok.

Mereka akan membuka tirai aksi di Birmingham berdepan pasangan China, He Ji Ting-Tan Qiang pada aksi pusingan pertama.



[KREDIT FOTO: BWF Official] 






Post a Comment

0 Comments