Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[ALFATIHAH] JIT MURAD PERGI BUAT SELAMANYA


PELAKON,
pengarah, penulis dan aktivitis teater, Jit Murad meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, sekitar jam 2.15 petang Sabtu.

Jit atau nama sebenarnya, Aziz Mirzan, menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun. Bagaimanapun buat masa  ini punca kematiannya belum dikenal pasti.

Jit yang juga merupakan anak kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Allahyarham Tan Sri Murad Mohamed Noor mula bergiat aktif dalam bidang seni pada 1987.

Tidak hanya berlakon filem dan drama, Allahyarham juga aktif dalam pementasan teater sebagai pelakon, penulis dan pengarah.

Antara teater teater popular yang ditulis dan dibintangi termasuklah Spilt Gravy On Rice pada 1995, The Storyteller (1996) dan Gold Rain and Hailstones (2002).

Sementara filem lakonannya pula terdiri daripada Selubung, Mimpi Moon, Talentime dan 1957: Hati Malaya.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham cukup disegani ramai kerana dedikasinya pada bidang seni yang tidak berbelah bahagi dan memperjuangkan karya seni dengan caranya yang tersendiri.

AlFatihah dari kami di 7Klik.









Post a Comment

0 Comments