Hot Posts

6/recent/ticker-posts

CABARAN MEMBERS BERMAIN BADMINTON BERSAMA LAGENDA BADMINTON NEGARA DATUK RASHID SIDEK



MENYANYI sudah, berlakon pun sudah! Kini tugasan members Master In The House Malaysia semakin mencabar apabila lagenda badminton negara Datuk Rashid Sidek muncul sebagai Master mereka pada minggu ini. 

Sudah tentu ia berkaitan dengan sukan badminton. Adakah mereka boleh bermain badminton, atau pernahkah mereka bermain badminton?

Setiap minggu ada sahaja gelagat lucu mereka. Nak pula mereka semua ni memang kaki sakat. Memang tak kering gusi dibuatnya setiap minggu.

Tidak sabar melihat gelagat Hael Husaini, Andi Bernadee, Scha Elinnea, Sharifah Rose dan Meyrasam apabila berdepan dengan pemain No. 1 Dunia (diiktirafkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa pada tahun 1997).

Menarik minggu ini Datuk Rashid Sidek turut berkongsi kenangannya ketika dia dan adik-beradiknya yang juga lagenda badminton negara seperti Misbun Sidek, Razif Sidek dan Jalani Sidek ketika berlatih dengan Datuk Sidek Abdullah Kamar, bapa mereka yang tegas.

Turut dikongsi adalah tentang komik biografi mengenai keluarga jaguh badminton Anak-anak Sidek yang popular pada tahun 1990-an.

Jangan lupa saksikan episod menarik minggu ini, 12 Februari, jam 10 malam hanya di TV3. - 7KLIK


[KREDIT: TV3]

Post a Comment

0 Comments