2 Jan 2022

12 LAGU MARA KE PENTAS ANUGERAH JUARA LAGU 36



AKHIRNYA penantian peminat muzik tanah air berakhir selepas keputusan 12 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 36 diumumkan pada malam Sabtu.

Muzik Muzik 36 Separuh Akhir dimeriahkan oleh NOIR Where Beauty Blossom sebagai penaja utama dan menampilkan Oppo sebagai penaja bersama.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sissy Imann, 30 buah lagu telah bersaing di Muzik Muzik 36 Separuh Akhir yang bersiaran secara langsung pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022 dari Studio 1 Glenmarie, Shah Alam.

Episod pertama diserikan dengan persembahan istimewa daripada Zynakal, Lia Aziz, Asyraf Nasir, Muss dan Drama Band, manakala episod kedua dirancakkan dengan nyanyian hebat daripada Margaswata (Yang Asli), Estranged (Itu Kamu) dan juara Lagu Cinta Kita Musim Ketiga iaitu Syafeek dan Zazo (medley Haram/Bagai Cahaya).

Barisan juri profesional Muzik Muzik 36 Separuh Akhir diketuai Datuk Mokhzani Ismail dan disertai oleh Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Helen Yap, LY, Chaan dan Altimet.

Para peminat muzik tanah air juga boleh mengundi lagu kegemaran mereka dalam kedua-dua episod separuh akhir ini dengan mengimbas QR Code yang tertera sewaktu siaran langsung. Pemenang Lagu Pilihan Noir (Nafas Cinta) diumumkan di hujung rancangan pada 1 Januari 2022 telah memenangi set eksklusif Noir dan hadiah wang tunai sebanyak RM500.00.

Berikut ialah 12 buah lagu yang berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 36:

1. Mimpi - Haqiem Rusli
    (Haqiem Rusli, Datuk A. Aida/Haqiem Rusli & Datuk A. Aida)


2. Sepi - Aina Abdul
    (Aina abdul/Aina Abdul & Wan Zakaria)

3. Nafas Cinta - Khai Bahar & Aina Abdul
    (Khai Bahar & Aina Abdul/Aina Abdul & Wan Zakaria)

4. Boneka - Ernie Zakri
    (Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmat/Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmat)

5. Purnama - Naim Daniel
    (Amzar Razqa & Naim Daniel/Amzar Razqa)

6. Pelukan Angkasa - SOG & Shila Amzah
    (Raja Nazrin Shah/Fazleena Hishamuddin)

7. Intan Payung - Noraniza Idris & Bunga Isme
    (Luca Sickta, Bunga & Amzar Razqa/Bunga & Siqma)

8. Salahku - Yonnyboii
    (Yonnyboii/Yonnyboii)

9. Aewo - Shiha Zikir ft Noki
    (Ezra Kong/Ezra Kong & Noki)

10. Lara - Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli
      (Hael Husaini & MFMF/Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli)

11. Angkara - Siti Nordiana
      (Sharon Paul/Fitri Yahya & Nana Alias)

12. Cinta - Marsha Milan
      (Bunga Cantik & Hang Nadim/Hang Nadim)


[KREDIT: TV3]

Uploading: 6908452 of 6908452 bytes uploaded.































Tiada ulasan:

Catat Ulasan