19 Sep 2021

ZIZI KIRANA KINI SAH MILIK YUSUH BAHRIN


PENYANYI
Zizi Kirana selamat diijabkabul dan sah bergelar isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin, dengan hanya sekali lafaz sekitar jam 10.40 pagi tadi.


Majlis penyatuan dua hati itu pasangan popular itu berlangsung di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur dengan berwakil walikan bapa Zizi sendiri, Mad Tahil.

Pada majlis tersebut, Zizi, 36, menerima mas kahwin berjumlah RM300, menerima mas kahwin senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan. Bagaiamanpun jumlah wang hantaran pula tidak didedahkan.

Zizi menarik perhatian ramai apabila memilih untuk mengenakan persalinan hitam klasik rekaan Shanell Harun dan ditatarias oleh jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa.

Menurut penyanyi EH! itu, dia dan Yusuf, 29, saling mengenali ketika terlibat dalam program terbitan Astro, All Together Now, namun hanya mula rapat pada bulan Ramadan lalu dan mengikat tali pertunangan pada Ogos.

Majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung pada bulan Disember di mana sebelah keluarga Zizi  di Sabah, manakala Yusuf pula di Melaka.

Tahniah Zizi dan Yusuf! Semoga berbahagia sehingga ke jannah.



[KREDIT FOTO: Intagram zizi Kirana]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan