13 Sep 2021

SIMPLYSITI PERKENAL WAJAH BAHARU BERSAMA KONSEP KOLEKSI TERKINI, SIMPLYSITI FOR ALL




JENAMA
kosmetik terkenal tempatan, SIMPLYSITI, hari ini melancarkan koleksi kosmetik terbaharunya yang disasarkan kepada semua golongan masyarakat di Malaysia.

Presiden Simply SS Trading Sdn. Bhd, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata;

"Berkonsepkan SimplySiti For All, saya yakin rangkaian kosmetik terbaharu ini akan dapat memenuhi citarasa ramai kerana rona-rona warna yang disediakan sesuai untuk semua warna kulit wanita Asia dan peringkat umur bagi penggemar-penggemar kosmetik yang inginkan penampilan ‘matte’ semulajadi," katanya.


Rangkaian kosmetik ini mula berada di pasaran pada 9.9.2021. Kosmetik terbaharu ini menampilkan koleksi solekan yang terdiri dari SimplySiti 2-way Cake, Compact Powder, Loose Powder, Cushion Foundation, Liquid Foundation dan Powder Blush.

Diikuti rangkaian gincu dengan tiga kemasan iaitu matte, semi-matte dan moist, 9 in 1 Eyeshadow, SimplySiti Valumizing dan Lash Extension Mascara, Eyeliner dan Eye Brow Pencil dalam rona hitam dan coklat serta Micellar Water.

Tambah Siti Nurhaliza, setelah 11 tahun berada di pasaran, dia amat teruja dengan pelancaran kosmetik terbaharu ini kerana ingin memperkenalkan wajah baharu  SimplySiti yang akan bersama-sama beliau untuk mempromosi koleksi kosmetik, rangkaian penjagaan kulit dan semua produk keluaran SimplySiti yang akan datang.

Zahra Zura Aziza Zahanor, 20 tahun, merupakan gadis bertuah yang terpilih sebagai Brand Ambassador SimplySiti. Zahra berjaya menjadi top finalist melalui Pertandingan Pencarian Wajah SimplySiti yang diadakan pada bulan Jun yang lalu, di mana pihak SimplySiti telah menerima lebih dari 700 penyertaan.

Gadis manis tersebut merupakan pelajar tahun akhir, Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Insurans UiTM dan merupakan anak pertama daripada dua orang adik-beradik. Zahra yang berasal dari Kuala Lumpur itu bercita-cita untuk menjadi Pembaca Berita selain meneruskan kerjaya dalam bidang Insurans.

"Saya amat berbesar hati dengan pemilihan ini dan tidak menyangka menjadi top 4 dan seterusnya pemenang bagi pertandingan ini.

"Saya juga tidak pernah bermimpi untuk berkerjasama dengan Penyanyi Nombor 1 Malaysia, Datuk Sri Siti Nurhaliza, dan saya tidak akan mensia-siakan peluang keemasan ini," katanya.


Rangkaian kosmetik terbaharu SimplySiti ini boleh didapati di Watson, pembelian dalam talian seperti Shopee dan website www.simplysiti.com.my dan SimplySiti Elite.

SimplySiti yang ditubuhkan pada tahun 2010, merupakan jenama kosmetik dan penjagaan kulit keluaran tempatan yang dirumus secara saintifik dan terbukti secara klinikal serta mempunyai Sijil Halal Jakim, dimana ia menjadi pilihan wanita islam di Asia.

Jenama SimplySiti mencerminkan gaya hidup Siti Nurhaliza yang praktikal, mudah dan sentiasa tampil menawan.



[KREDIT: Siti Nurhaliza Production]












Tiada ulasan:

Catat Ulasan