Hot Posts

6/recent/ticker-posts

RALIT, GEGARKAN J2: J RETRIBUSI

BERSEMPENA dengan dengan pelancaran eksklusif filem J2: J Retribusi di Disney+ Hotstar mulai 1 Jun lalu, Monkey Bone dengan kerjasama Primeworks Studios, Infinitus Productions, TGV Pictures dan Sunstrong Entertainment, melancarkan lagu tema filem ini, Ralit.

Ralit sebuah karya ciptaan Tuju K-Clique yang dinyanyikan sendiri olehnya bersama Malik Abdullah kini boleh didengar di semua pelantar digital termasuk Spotify, Apple Music, Deezer, Joox, KKBox, YouTube Music and iTunes.

Tuju meluahkan rasa syukur dapat bekerjasan dengan projek ini dan berharap karya tersebut dapat diterima ramai.

"Alhamdulillah kami sangat berbesar hati di atas peluang dan kerjasama dari pihak produksi dan pemasaran filem ini.

"Ralit diilhamkan dari penceritaan J2: J Retribusi di mana seorang hero yang berada dalam keadaan yang genting dalam masa yang semakin suntuk untuk menyelamatkan orang yang disayanginya.

"Saya berharap penonton dan peminat muzik dapat menghayati setiap bait lirik lagu ini bersama penceritaan di sebalik filem yang hebat ini. Terima kasih," katanya.



Sementara itu, Ketua, Pengedaran dan Pemasaran Filem, Liz Chong menyifatkan sebagai sebuah karya yang hebat.

“Ianya sebuah kerjasama yang sangat mudah apabila kami sebulat suara dapat menyatukan mereka dalam sebuah lagu.

"Sebelum ini kami pernah bekerjasama bersama Malik Abdullah untuk runut bunyi Ejen Ali The Movie untuk lagu Kita Jaga Kita dan kami sentiasa menghargai perjalanan muzik Tuju dan K-Clique.

"Oleh itu besarlah harapan kami kepada peminat dan penonton akan menikmati trek yang hebat ini,” ujarnya.



Video lirik rasmi Ralit boleh ditonton di saluran YouTube Monkey Bone (youtube.com/MonkeyBoneRecords).

J2: J Retribusi, sebuah filem sekuel blockbuster yang dinanti-nantikan selepas J Revolusi,  dilancarkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada 1 Jun lalu.

Muat turun aplikasi Disney+ Hotstar di peranti Android dan iOS serta langgani dengan RM54.90 untuk tiga bulan. Untuk info lanjut, sila layari DisneyPlusHotstar.my.


Post a Comment

0 Comments