6 Jan 2021

JEJAKA INSTA MASUK DAPUR BERSAMA OZLYNN WATI


PERMULAAN Tahun Baharu 2021 memperlihatkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bakal meraikan ulang tahun ke-75 tahun ini tampil dengan pelbagai program segar termasuklah salah satunya diberi tajuk Jejaka Insta Masuk Dapur yang sudah pun mulai bersiaran episod pengenalannya pada 3 Januari lalu. 

Dalam 13 episod program masakan disiarkan setiap Ahad, pukul 10.30 pagi di TV Okey yang mengetengahkan 13 selebriti berbeza ini, penonton dapat menyaksikan bagaimanakah selebriti pujaan mereka ‘turun padang’ ke dapur bagi menyediakan menu masakan yang menjadi kegemaran mereka.

Kemunculan pelakon Ozlynn Wati sebagai hos juga pastinya merancakkan lagi suasana di dapur dalam program terbitan Kru Studios ini. 

Selebriti popular yang disenaraikan terlibat berkongsi kemahiran memasak termasuklah Harris Annuar, Farhan Asri, Allan Toh, Raja Shahiran, Zac Zaky, Ali Muhaimin, Muntazar Ghani, dan Safwan Nazri.

Luangkan masa juga menyaksikan episod mengundang tetamu Adrian Edy, Tengku Arief, Abbas Mahmood, Hakim Nordin dan Alam Wakaka dalam program santai yang bersiaran 30 minit ini. 

Ingin mengetahui apakah menu-menu pilihan dan bagaimana aksi mereka menyediakan menu tersebut, ikuti siarannya di TV Okey. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.


[KREDIT: TV Okey]






Tiada ulasan:

Catat Komen