Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Aeril Zafrel positif Covid-19



PELAKON Aeril Zafrel memaklumkan dirinya kini positif dijangkiti Covid-19 selepas melakukan swab test pada Selasa.

Suami kepada Wawa Zainal itu berkongsi perkara berkenaan menerusi Instagramnya hari ini.

"Assalamualaikum semua. Malam tadi aku mendapat perkabaran aku positive covid-19. Hari Isnin, aku pergi ke rumah manager aku sebab dia demam.

"So aku ke sana sebab kebiasaannya aku yang akan jaga dia kalau dia sakit teruk sebelum ni. Jadi sebab hari pun dah lewat, so aku decide untuk tidur sana.

"Selasa esoknya, aku angkut dia pergi clinic dan ambil swab test PCR sekali dengan aku. Lepas itu aku jumpa staff untuk briefing launching virtual online product hujung bulan ini dan aku balik rumah terus. 

"Rabu, result keluar dan aku serta manager positif," ujar Aeril. 

Menurut Aeril, selepas mendapat keputusan tersebut, dia terus mendapatkan khidmat sebuah klinik untuk menjalankan ujian saringan ke atas isteri, anak-anak dan semua kakitangannya.

"Immediately aku panggil @kumpulan_megaklinik_zahran untuk swab test family dan staff aku sebab ada jumpa dorang.

"Swab test RTK kesemua mereka negative dan masih menanti result PCR pulak. Doakan negative juga.

"Sekarang aku self quarantine dekat bilik atas. Nak isi masa 10 hari ini dengan macam-macam aktiviti kat bilik. Doakan guys. 

"Now manager aku itu dah recover dan tak demam lagi, tapi tetap self quarantine," ujarnya. - 7KLIK


[KREDIT: Instagram Aeril Zafrel]


Post a Comment

0 Comments