Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PADAMU, DEDIKASI ZAHIRIL AZIM SEMPENA HARI BAPA



RTM  melalui Unit Drama TV RTM khas meraikan sambutan Hari Bapa hujung minggu ini mengambil inisiatif menerbitkan sebuah drama pendek yang mengangkat kisah seorang bapa yang berusaha membuat persembahan di atas pentas sempena hari jadi anaknya.

Menerusi karya drama pendek arahan Wan Afzam Wan Daud diberi tajuk Padamu ini, ia menonjolkan realiti pengorbanan seorang bapa dalam memenuhi kehendak seorang anak meskipun terpaksa berdepan dengan situasi permintaannya sukar direalisasikan. 

Menampilkan gandingan mantap watak ayah dan anak oleh pelakon Zahiril Adzim sebagai Nasir, dan anaknya Yuyu lakonan Rania, ia turut dibintangi oleh Akmal (Abu), dan Ken Ridzuan (Karim). 

Menariknya ia ditayangkan menerusi tiga saluran utama RTM pada 21 Jun ini, pukul 8.30 pagi di TV Okey, pukul 10.30 pagi di TV2, dan pukul 12.45 tengah hari di TV1.



Latar ceritanya tentang Nasir seorang tukang cuci di RTM. Lagi tiga hari hari jadi anaknya, Yuyu. Nasir sudah berjanji dengan Yuyu (9 tahun) yang dia akan merakam persembahan nyanyiannya jika Yuyu dapat khatam Al Quran. 

Untuk memenuhi permintaan anak kesayangannya itu, Nasir berusaha memujuk kenalannya Abu (pegawai keselamatan) untuk memberi dia masuk sebentar ke dalam Auditorium. Dia juga cuba memujuk Karim, juruteknik yang bertugas dalam auditorium untuk melaksanakan misinya itu.

Nasir akhirnya berjaya membuat persembahan seperti yang dicita-citakan anaknya. Namun sebenarnya ada rahsia besar tentang Yuyu. Ikuti tayangan drama pendek ini untuk mengetahui apakah rahsia yang disembunyikan itu.



PADAMU
Bahasa: Melayu
Tarikh Siaran: 21 June 2020
Hari: Sabtu 
Masa: 8.30 Pagi (TV Okey), 10.30 pagi (TV2) dan 12.45 Tengahari (TV1) 
Terbitan: RTM     
Arahan: Wan Afzam Wan Daud      
Pelakon: Zahiril Adzim, Rania, Akmal, Ken Ridzuan.



[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments