Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dira nikah ahli perniagaan


DIRA Abu Zahar selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang ahli perniagaan, Syfik Izdzywan Sidek, 46, pagi tadi.

Pasangan itu selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup yang dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Al Azim, Merlimau, Melaka pada jam 10.30 pagi.

Dira menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan tiga dulang hantaran berbalas lima. Jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Ini merupakan perkahwinan kali ketiga Dira.

Menerusi perkahwinan pertama dengan  Tengku Shafriz-Rullah atau Ash pada 2007, Dira dikurniakan seorang anak, Tengku Anggun Deandra, 12. Sementara menerusi perkahwinan kedua dengan seorang pengarah, Dira tidak dikurniakan cahaya mata.
  
Dira juga mempunyai seorang anak angkat bernama Waris Iskandar Andiqa.

Selamat pengantin baharu dari kami di 7Klik buat Dira dan suami.

Post a Comment

0 Comments