Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ASHRAF SINCLAIR MENINGGAL DUNIA


PELAKON Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia di Hospital Metropolitan Medical Centre (MMC), Kuningan, Jakarta, Indonesia sekitar jam 4.51 pagi tadi akibat serangan jantung.

Ashraf yang juga merupakan suami kepada penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra  Lestari (BCL) dilaporkan tidak sedarkan diri ketiak sedang tidur sebelum dikejarkan ke hospital oleh isterinya.

Pemergian Ashraf atau nama penuhnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair, 40, disahkan oleh pengurus BCL, Doddy.

“Betul (meninggal dunia). Serangan jantung. Pagi tadi,” kata Doddy menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita.

Difahamkan keluarga Allahyarham Ashraf kini dalam perjalanan ke Jakarta.

Ashraf dilahirkan di London pada 18 September 1979 mula mencipta nama di Indonesia selepas mendirikan rumah tangga dengan BCL pada 8 November 2008. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 10.

Alfatihah dari kami di 7klik.com Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Post a Comment

0 Comments