20 Jan 2020

NIK QISTINA TERSINGKIR DARI PERSAINGAN DANSA DAN SING



KONSERT minggu ketiga Dansa Dan Sing (DDS) menyaksikan penyingkiran Nik Qistina daripada persaingan apabila gagal mendapat perhatian juri dan penonton apabila hanya memperolehi karlah sebanyak 51.67% (juri profesional) dan  5.7% (undian online).

Minggu yang bertemakan Vice Versa Irama itu juga turut menyaksikan dua lagi peserta iaitu Atilia dan Arja Lee hampir tersingkir apabila berada pada kedudukan tiga terbawah, namun terselamat menerusi kelebihan markah daripada juri.

Peserta lain yang meneruskan persaingan pada minggu depan ialah Sophia Liana, Chubb-E, Shiha Zikir, Waris, Wani Kayrie dan Raja Syahiran.

Kesemua peserta dinilai oleh barisan juri yang terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim sebagai juri tetap, manakala Datuk AC Mizal selaku juri jemputan.

DDS yang dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Hady Mirza itu bersiaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam dan disiarkan menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap Ahad, jam 9.00 malam.

Tiada ulasan:

Catat Komen