Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ATILIA & THE LOLA TEWAS DALAM PERSAINGAN DI MINGGU KEEMPAT DANSA DAN SING


KONSERT minggu keempat Dansa Dan Sing (DDS) menjadi minggu terakhir buat Atilia & The Lola beraksi apabila diumumkan sebagai peserta tersingkir daripada program itu.

Atilia hanya memperolehi 4.5 undian online, manakala markah daripada barisan juri profesional yang terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim sebagai juri tetap, serta Datuk Syafinaz  selaku juri jemputan ialah 61.83%.

Minggu yang bertemakan Ekpresi Emosi itu juga turut menyaksikan dua lagi peserta iaitu Arja Lee dan Wani Kayrie hampir tersingkir apabila berada pada kedudukan tiga terbawah, namun terselamat menerusi kelebihan markah daripada juri.

Peserta lain yang meneruskan persaingan pada minggu depan ialah Sophia Liana, Chubb-E, Shiha Zikir, Waris dan Raja Syahiran.

DDS yang dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Hady Mirza itu bersiaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam dan disiarkan menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap Ahad, jam 9.00 malam.

Post a Comment

0 Comments