10 Jul 2019

FIZO, MAWAR SAH BERCERAI TALAK SATU

[KREDIT FOTO: Mstar Online]

PELAKON Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Rahim, sah bercerai dengan talak satu sekitar jam 10.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada Rabu.

Lafaz cerai tersebut dilakukan Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34, terhadap Mawar, 30, di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan.

Permohonan cerai itu dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 17 Jun 2019.

Hak penjagaan anak tunggal mereka, Wan Maryam, 2, diberikan kepada Mawar. Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013.

Difahamkan perceraian ini berlaku apabila pasangan ini tidak lagi mempunyai keserasian bersama. 

Desas desus berkenaan masalah rumah tangga mula diperkatakan sejak sambutan Aidilfitri yang lalu apabila masing-masing menyambut 1 Syawal secara berasing di mana Mawar bersama keluarga di Pulau Pinang, manakala Fizo pula di Kota Bahru. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan