21 Dis 2018

LIZA ABDULLAH, ADIBA YUNUS KONGSI PETUA NENEK


ORANG Melayu dan petua tidak dapat dipisahkan. Sejak sekian lamanya perubatan tradisional dan petua menjadi satu tradisi yang menjadi amalan masyarakat Melayu. Pelbagai cara yang diamalkan oleh orang Melayu bagi menjaga kecantikan dan kesihatan. 

Menerusi drama terbaharu slot Dahlia mulai 22 Disember ini, Petua Nenek lakonan Liza Abdullah dan Adiba Yunus, penonton dapat melihat pelbagai jenis petua yang dikongsikan mereka bersama penduduk kampung.

Drama terbitan A.Aida Production ini mengisahkan Qaseh Arina (Adiba Yunus) yang dibesarkan oleh neneknya, Nek  Embun (Liza Abdullah). Nek Embun merupakan seorang  bidan yang terkenal dengan pelbagai petua. Sejak kecil lagi Qaseh sudah mengikuti Nek Embun menyambut kelahiran bayi dan Qaseh ingin menjadi seperti neneknya itu. 




Setiap petua Nek Embun, Qaseh catitkan di dalam buku notanya. Petua-petua Nek Embun dibawa Qaseh sehinggalah dia melanjutkan pelajaran di universiti di Kuala Lumpur. Pelbagai aksi mencuit hati yang dilakukan oleh Qaseh dengan petua-petua Nek Embun sehinggakan dia dikatakan kolot oleh rakan-rakan universiti.

Orang bandar tidak percaya pada petua-petua Qaseh.  Tetapi, petua Qaseh berhasil membantu menyelesaikan masalah Nash (Raja Afiq), jejaka  kaya dan tampan tetapi mempunyai masalah bau badan. Sejak itu mereka berkawan baik. 



Pelbagai lagi aksi mencuti hati Qaseh dengan petua-petuanya sehinggakan rakan serumahnya dimasukkan ke hospital kerana alah pada ramuan yang digunakan Qaseh. 

Qaseh dimarahi dan dihalau keluar dari rumah sewa mereka. Apakah yang akan terjadi pada Qaseh? Masihkah dia berpegang pada petua-petua Nek Embun?



PETUA NENEK
Bahasa: Melayu
Episod:      
Hari: Setiap Sabtu & Ahad
Masa: 6.58 petang 
Saluran: TV3 
Terbitan: A. Aida Production  
Arahan: Along Kamaluddin
Pelakon: Adibah Yunus, Raja Afiq, Liza Abdullah, Zaidi Omar, Nafiez Zaidi, Julia Farhana Marin, Annie Ariffin, Keena Mentor 


[KREDIT: MEDIA PRIMA/TV3]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan