Hot Posts

6/recent/ticker-posts

GOYANG YUK DALAM DIMENSI LAGENDA


IRAMA dangdut di Malaysia sememangnya sinonim dengan Amelina kerana Amelina adalah pencetus fenomena dangdut di zaman kemuncaknya sehingga kini. Amelina sememangnya adalah Ratu Dangdut Malaysia.

Justeur RTM cuba memgimbau kembali kenangan artis dangdut popular, Amelina berkongsi pentas dengan penyanyi dangdut yang lainnya termasuklah Ratu Gelek Malaysia, Mas Idayu, dan salah seorang Diva Pop Malaysia iaitu Ramlah Ram juga penyanyi undangan Anuar Gocha.

Mengangkat tema ‘Goyang Yuk’, episod pada 4 November ini, pukul 9.00 malam di TV1 adalah sebagai penutup tirai edisi slot Dimensi Legenda terbitan Unit Hiburan TV RTM tahun ini yang dianggap telah berjaya mengubati kerinduan peminat terhadap artis kesayangan mereka menyanyikan lagu malar segar masing-masing. 

Tirai persembahan dibuka oleh Amelina yang menyanyikan lagu duet dengan Anuar Gocha iaitu lagu ‘Memori Daun Pisang’, yang pernah dipopularkannya bersama-sama dengan penyanyi Iwan juga dikenali sebagai Raja Dangdut Malaysia ketika era kemuncak irama itu di era 90 an.




Menyusul kemudiannya penyanyi Mas Idayu yang boleh dikatakan legenda dangdut kontemporari Malaysia menyampaikan tiga lagu signature ketika persembahan beliau termasuklah ‘Cintaku 100%’, ‘Bolehlah Boleh’ dan ‘Senggol-Senggolan’.

Terkenal dengan kebolehan beliau menyanyi lagu pop, traditional dan dangdut dengan sangat baik, mengambil tempat menghiburkan penonton penyanyi Ramlah Ram. Pemilik lagu ‘Selamat Jalan Romeo’ tahun 1994 sehingga menjadi salah satu lagu dangdut paling popular sepanjang zaman di Malaysia ini menyanyikan lagu ‘Rindu Belaian’, ‘Penantian Yang Tak Berakhir’ dan ‘Selamat Jalan Romeo’.

Sebagai penghargaan kepada Iwan, Raja Dangdut Malaysia ketika era kemuncak irama itu di era 90 an, program ini membawakan segmen Memori Untukmu mengetengahkan lagu medley nyanyian Iwan iaitu ‘Wulan’ dan ‘Yang Sedang-Sedang Saja’ dipersembahkan oleh Anuar Gocha.

Kemuncaknya penonton bakal dihiburkan dengan persembahan mantap dan bertenaga Amelina mengembalikan momen-momen manis bait-bait lagu ‘Di Dadaku Ada Kamu’, dan ‘Asyik & Rindu’ yang masih lagi diingati hingga kini. 

Kesemua artis kemudiannya menutup persembahan dengan lagu ‘Kereta Malam’ yang mampu membuatkan anda terhibur pastinya.



DIMENSI LAGENDA
Tarikh Siaran: 4 November 2018
Hari: Ahad 
Masa: 9 malam
Saluran: TV1  
Terbitan: RTM
Artis: Amelina Mas Idayu, Ramlah Ram, Anuar Gocha.


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments