Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MATA KETIGA, MEREKA ADA DI SEKELILING KITA


"MEREKA ada di sekeliling kita!”…. Apabila pancaindera melangkaui batasan, mungkinkah kita sebagai manusia biasa berupaya melihat sesuatu yang diluar kemampuan? Sebuah genre seram terbaharu MATA KETIGA untuk siri drama original tonton hasil garapan produksi filem box office terkenal, Skop Productions.

Selepas berjaya mencipta fenomena apabila memecahkan rekod perfileman filem seram kini, Skop Productions menerbitkan sebuah lagi karya seram untuk siaran siri web tonton.   

Diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi, C. Kumaresan, setiap plot drama siri original tonton MATA KETIGA ini digarap dengan baik sekali.  Kemampuan Skop Productions yang mengarah dan menerbitkan drama hasil nukilan yang diadaptasikan daripada novel dapat ditonton mulai 31 Oktober ini.  

Novel MATA KETIGA yang ditulis oleh Zulkifli Ahmad Idrus diterjemahkan kepada 10 episod siri web dan setiap episod berdurasi 30 minit akan disiarkan secara eksklusif di tonton dalam format definisi tinggi (HD). 

Siri drama ini mengisahkan tentang Faizul, seorang pelajar universiti tempatan yang dikurniakan dengan anugerah istimewa. Faizul mempunyai deria ke-enam yang mampu melihat melebihi pancaindera manusia biasa.




Pengembaraan bermula apabila Faizul bersama empat sahabat baiknya menyertai ekspedisi ke hutan yang diketuai Profesor Mazlan. Faizul yang lebih arif di dalam ilmu hutan menasihati rakan-rakannya untuk mematuhi pantang larang ketika berada di dalam hutan. Malangnya, nasihat itu tidak diendahkan dan menjadi lebih teruk apabila Farah dirasuk. Semenjak kejadian itu, Faizul cuba mencari kebenaran mengenai mata ketiga beliau. 

Dalam mencari kebenaran mengenai susur galurnya, pelbagai peristiwa pelik berlaku. Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak mematahkan semangatnya, malahan menyebabkan Faizul semakin taksub.  

Faizul yang mula mengasingkan diri juga tanpa sedar telah membahayakan nyawa orang disekeliling. Adakah Faizul tetap meneruskan pencarian mengenai dirinya setelah ditimpa pelbagai musibah? Mampukah Faizul bertahan dengan semua cabaran yang ternyata menguji setiap langkahnya? 

Saksikan keseluruhan 10 episod MATA KETIGA secara eksklusif episod baru seiap hari di tonton bermula 31 Oktober ini. Drama bersiri yang sarat dengan plot yang menyeramkan ini bakal membawa penonton ke alam mistik yang tidak pernah dirungkai.  

Watak utama yang dipangku oleh Hafeez Mikail bakal meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton. Turut membintangi drama ini adalah Mustaqim Bahadon, Isyariana Azmi, Dayana Roza dan Fimie Don.  



Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad berkata,

‘’Genre seram dan mistik merupakan antara kegemaran penonton sekarang.   Kami di tonton yakin dengan terbitnya MATA KETIGA, karya baharu Siri Original tonton mampu menarik perhatian penonton ke platform digital.  
Web siri yang tidak terikat dengan jalan cerita hantu tradisional ini membuktikan bahawa karya tempatan mampu bersaing dengan produksi antarabangsa jika di ketengahkan.‘’

Tambahnya lagi,

‘’Kami bangga dapat bekerjasama dengan Skop productions untuk pertama kali dan mengalu-alukan lebih banyak lagi drama dari produksi Skop ke layar digital.”


[KREDIT: tonton]

Post a Comment

0 Comments