Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TERIMA ANUGERAH DARI ISTANA PAHANG, ROSSA KINI BERGELAR DATO' SERI


PENYANYI terkenal Indonesia, Dato' Rossa merupakan antara selebriti yang menerima Darjah Kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang berlangsung di Istana Abu Bakar Pekan hari ini.

Rossa atau nama lengkapnya Sri Rossa Roslaina Handiyani menerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato' Seri.




"Alhamdulillaah Ya Rabb. Sejujurnya entahlah apa yang membuat saya begitu bertuah menerima pingat Tuanku.

"Daulat Tuanku, semoga Allah selalu jage Tuanku, panjangkan usia dan kesehatan Tuanku. Aamiin ya Rabb.

"Setelah 5 tahun yang lalu saya diberikan tittle Dato, hari ini saya dianugerahkan darjah kebesaran negeri Pahang sebagai Dato Sri.

"Sebagai orang Indonesia, saya merasa bangga dan semoga persaudaraan dua negara selalu kokoh dan erat," tulisanya pada kapsyen sekeping fotonya yang dikongsikan selepas menerima anugerah.

Tahniah dari kami, semoga anugerah dan gelaran ini mampu menyumbangkan kepada sesuatu yang positif buat masyarakat amnya.


[KREDIT FOTO: Instagram Rossa]

Post a Comment

0 Comments