6 Okt 2018

TAN SRI HASSAN AZHARI MENINGGAL DUNIA


TOKOH agama yang disegani Tan Sri Datuk Haji Hassan Azhari, 90, telah meninggal sekitar jam 5 petang tadi akibat penyakit kanser Limfoma di Hospital Kuala Lumpur.

Allahyarham cukup dikenali menerusi program Muqaddam sekitar tahun 1970-an di RTM selain merupakan hakim Musabaqah/Tilawah Kebangsaan dan Antarabangsa semenjak beberapa dekad lalu. Allahyarham juga merupakan bapa kepada Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Jalaludin Hassan.






Tuan Haji Hassan dilahirkan pada 18 Ogos 1928 di Kampung Syu‘ib Amir, Makkah. Beliau yang berketurunan Melayu (daripada etnik Banjar) berhijrah ke Tanah Melayu sewaktu usianya lapan tahun. 

Allahyarham mendapat pendidikan dalam ilmu al-Quran dan bahasa Arab di Singapura, Makkah, dan Malaysia sendiri. 

Beliau juga dipilih oleh Tunku Abdul Rahman untuk melaungkan azan semasa menyambut kemerdekaan negara di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 selain diberi kepercayaan melaungkan azan pada perasmian Masjid Negara pada tahun 1967, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei.




Alfatihah dan salam takziah buat keluarga Allahyarham dari kami di 7KlikDotCom. Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan pada kekasih Allah. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan