Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TEPATI RAMALAN, SARAH SUHAIRI JUARA BIG STAGE 2018


SARAH Suhairi menepati ramalan ramai apabila dinobatkan sebagai juara  Big Stage di konsert final yang berlangsung sebentar tadi.

Sarah berjaya mencuri perhatian juri menerusi persembahan hebatnya menyampaikan lagu Nyawa & Raga serta Awan Yang Terpilu apabila mendapat markah tertinggi sebanyak 66.05%.

Selaku juara, Sarah membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi.




Sementara itu, Syafiq Farhain bergelar naib juara dengan markah 64.3%, sekaligus melayakkanya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.

Diikuti dengan Afiq Shazwan ditempat ketiga dengan markah 62.17, berjaya membawa pulang RM 25,000 dan trofi.

Manakala Wani Kayrie dan Baby Shima pula  hanya berpuas hati di tempat keempat dan kelima menerusi markah 62.15%  dan 58.56%.  Masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.




Kesemua peserta diadili juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, selain Mas Idayu dan Mark Adam sebagai juri jemputan.

Konsert akhir Big Stage yang diacarakan Sherry AlHadad dan Alif Satar ini bersiaran langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam dan dan disiarkan di Astro Ria dan Ria HD


Post a Comment

0 Comments