Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pelbagai aktiviti menarik di Festival Permainan Malaysia @Kuala Lumpur


JABATAN Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaku Urus Setia Induk Festival Permainan Malaysia@Kuala Lumpur 2018 bersama dengan rakan kerjasama Dewam Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan Program Festival Permainan Malaysia@Kuala Lumpur (FPM@KL 2018) di Dataran Merdeka, pada 28, 29 & 30 September 2018 (Jumaat, Sabtu & Ahad), jam 9.00 Pagi – 10.30 Malam.

FPM@KL 2018 merupakan usaha JKKN kali keempat untuk  mendekatkan kembali masyarakat kepada Permainan Tradisional. 

Selain terus memperjuangkan permainan tradisional, program ini juga turut memberi ruang dan peluang kepada masyarakat khususnya di Kuala Lumpur merasai kembali keseronokkan bermain dengan permainan tradisional. 






Secara tidak langsung kita berada pada landasan yang betul untuk memartabatkan kembali Permainan Tradisional kepada masyarakat.  

Orang ramai juga di alu-alukan dan sangat dipelawa untuk bersama-sama menyertai Sarong Fun 2017 iaitu serentak dengan Majlis Perasmian FPM@KL 2018 di Dataran Merdeka melalui acara larian dengan memakai kain sarung, batik atau pelikat, yang pastinya menyeronokkan ditambah dengan hadiah-hadiah yang menarik untuk peserta individu dan keluarga yang datang dengan gaya tersendiri, kreatif, unik dan menarik. 




Penyertaan kepada orang ramai akan dibuka pendaftaran seawal 6.30 pagi. Selain itu, pelbagai aktiviti lain turut disusun bagi mewarnai festival ini antaranya Kids Explore Games, pameran dan jualan produk seni, demonstrasi dan interaktif permainan rakyat, persembahan pentas dan hiburan rakyat, serta jualan produk makanan untuk pengunjung. 

Aktiviti permainan rakyat yang dipertandingkan antaranya ialah pertandingan tarik tali, galah panjang, gusti lengan, panjat tiang licin, congkak, batu seremban, sepak raga ratus, menyumpit, dam aji gergasi dan beberapa lagi permainan yang pastinya mengimbau kenangan serta menggamit memori zaman kegemilangan pada tahun 60 an hingga 90 an. 




Untuk menghangatkan acara, anggota-angota daripada 9 kumpulan badan beruniform akan terlebih dahulu mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang dipertandingkan pada hari sabtu ini. 

Majlis Perasmian Festival Permainan Malaysia @Kuala Lumpur 2018  akan diserikan dengan kehadiran tetamu kenamaan yang akan hadir pada 29 September, jam 8 pagi oleh tetamu kenamaan daripada JKKN, DBKL dan Kementerian yang akan bersama-sama masyarakat sekitar Lembah Klang untuk bersenam seni, berzumba dan seterusnya memulakan acara pertandingan Tarik Tali Terbuka.   - 7KLIK


[KREDIT: JKKN]

Post a Comment

0 Comments