Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ALIFF BAHRAN TERSINGKIR, IMPIAN KE FINAL BIG STAGE BERKECAI


SETELAH tiga minggu berturut-turut berada di kedudukan tiga terendah serta pernah diselamatkan menerusi kuasa imuniti oleh Faizal Tahir, akhirnya perjuangan peserta Ariff Bahran di pentas ‘Big Stage’ terhenti sewaktu konsert pusingan separuh akhir sebentar tadi. 

Ariff tersingkir selepas mendapat markah kedua terendah iaitu sebanyak 84.08 peratus daripada barisan juri profesioal namun undian rendah peminat menerusi aplikasi Tik Tok menyebabkannya tersingkir. 



Pada malam tersebut, Ariff menyampaikan dua buah lagu iaitu Gerhana nyanyian asal kumpulan Kembara dan menerusi pusingan 'battle', Mama Papa Larang nyanyian asal Judika duet bersama Aepul Drama Band.

Dengan keputusan ini, lima finalis mara ke pusingan akhir yang terdiri daripada Baby Shima, Sarah Suhairi, Wani Kayrie, Syafiq Farhain dan Afieq Syazwan. 

Konsert akhir Big Stage akan berlangsung pada 23 September 2018 (Ahad),  jam 8.00 malam @ Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).




[KREDIT: Astro]

Post a Comment

0 Comments