Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cadbury Malaysia raikan citarasa Malaysia


SELEPAS berdekad menjadi pilihan utama dalam kehidupan rakyat Malaysia, Cadbury Dairy Milk, jenama coklat kegemaran di negara ini yang juga merupakan di bawah MondelÄ“z International (Mondelez), melancarkan Cadbury Dairy Milk Kopi C – rasa edisi terhad tempatan yang dihasilkan khas bagi pasaran Malaysia pada hari ini.

Melengkapkan produk baharu yang mengujakan ini adalah usaha sama eksklusif dengan kartunis ikonik Malaysia, Datuk Lat, yang mana ilustrasi beliau akan dipaparkan pada sarung produk Cadbury Dairy Milk terpilih.

Bagi meraikan budaya rakyat Malaysia, Cadbury memberi penghormatan kepada kepelbagaian rasa yang membentuk sebuah negara. Daripada cara kehidupan tempatan yang berkongsi kegembiraan kulinari dengan individu lain, konglomerat konfeksi ini meneruskan usahanya untuk membawakan lebih kegembiraan kepada pengguna dengan memperkenalkan keseronokan, kejutan dan keterujaan dalam bentuk rasa yang sinonim dengan salah satu kegembiraan terbesar dan mudah yang boleh didapati di sebarang kedai makan tempatan, daripada sebuah kopitiam mahupun kafe, kopi c.

Dengan gabungan rasa enak kopi c dan coklat susu, produk terbaharu Cadbury ini mengingatkan kepada dua perasa yang amat dikenali segenap rakyat negara ini.

Bercakap pada pelancaran Cadbury Dairy Milk Kopi C, Nikhil Nicholas, Pengurus Kategori Coklat MondelÄ“z Malaysia berkata, 



“Selepas menerima sokongan selama bertahun-tahun lamanya daripada pasaran Malaysia, kami merasakan bahawa ini merupakan waktu yang tepat bagi Cadbury memperingati kehadiran kami yang lama di sini dan salah satu cara adalah dengan meraikan rasa tempatan yang membentuk sebuah negara.
“Rasa enak coklat signatur Cadbury Dairy Milk bersama perasa kopi c pasti memberikan kegembiraan kepada deria pelanggan kami di Malaysia, khususnya apabila kedua-dua Cadbury dan kopi c merupakan rasa yang dikenali ramai serta mewakili integrasi sempurna dua ikon global dan tempatan.  
Kami memahami tarikan rakyat Malaysia terhadap makanan dan berharap agar perasa terbaharu ini terus memberikan kegembiraan kepada pelanggan, sama ada tua mahupun muda.”


Bersama perasa edisi terhad baharu berkenaan, perasa utama Cadbury Dairy Milk turut diberikan penampilan baharu dengan sarung tambahan yang memaparkan karya ilustrasi kartunis tersohor Malaysia, Datuk Lat, yang mana siri Kampung Boy beliau mewakili ciri-ciri utama dalam budaya Malaysia.

Tiga lukisan yang menampilkan gaya signatur Datuk Lat memaparkan karakter Kampung Boy, digambarkan dalam pelbagai peringkat kehidupan beliau, daripada seorang budak lelaki kepada dewasa, dalam tiga senario biasa rakyat Malaysia – di sebuah kenduri, kopitiam dan kedai runcit. 

Ilustrasi unik tersebut mengetengahkan kecintaan rakyat Malaysia terhadap makanan, yang seiring dengan tema Cadbury Dairy Milk iaitu membawakan kegembiraan menerusi hidangan.


“Saya amat gembira apabila didekati Cadbury untuk menjadi sebahagian daripada kempen yang mengujakan ini. Membesar di Malaysia, kenangan terawal saya terhadap jenama itu ialah menikmati bar coklat Cadbury Dairy Milk dan berkongsi kegembiraannya bersama keluarga dan rakan-rakan. 
“Sejak bertahun-tahun lamanya, karya saya sentiasa mempamerkan semangat perpaduan rakyat Malaysia yang meraikan perbezaan dan menikmati sepenuhnya cara kehidupan unik yang ada. 
Lukisan-lukisan yang dihasilkan ini menyerlahkan intipati kehidupan kita dan saya amat berbesar hati kerana dapat berkongsinya bersama Cadbury,” ujar Datuk Lat.

Cadbury Dairy Milk mula hadir di pasaran beberapa dekad lalu dan kekal sebagai satu jenama kegemaran rakyat negara ini. Seiring dengan peredaran zaman, jenama coklat berkenaan telah memperkenalkan pelbagai perasa yang dikenali ramai termasuk Roast Almond, Hazelnut, Cadbury Dairy Milk Oreo dan Marvellous Creations. Namun demikian, Cadbury Dairy Milk Kopi C merupakan perasa tempatan pertama yang diperkenalkan di negara ini setakat ini.


“Pandangan Datuk Lat terhadap budaya dan rasa tempatan bersama bakat besar yang dimiliki telah menjadikan beliau sebagai rakan ideal kempen ini. Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan beliau, khasnya apabila Cadbury dan Datuk Lat mempunyai tempat yang istimewa dalam hati pengguna Malaysia selama lebih 40 tahun. 
“Melalui pengenalan produk inovatif terbaharu dan usaha sama dengan Datuk Lat, kami amat teruja untuk meraikan pencapaian baharu yang signifikan jenama ini serta membawakan rasa ikonik dan budaya Malaysia kepada pasaran. 
Fokus kami kekal dalam berkongsi kegembiraan kepada penggemar dan jalinan kerjasama dengan Datuk Lat merupakan perwakilan ideal mengenai perkara itu. 
Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan penawaran unik dan inovatif bagi menggembirakan pengguna dan melihat peluang tanpa had yang wujud apabila melaksanakannya,” Nikhil menambah.

Coklat Cadbury Dairy Milk Kopi C kini boleh didapati di kesemua pasar raya besar dan pasar raya utama di seluruh negara pada harga yang disyorkan RM8.50 bagi bar 165g sehingga 30 September 2018.

Selain itu, sebuah kotak hadiah edisi terhad yang memaparkan ilustrasi Datuk Lat turut ditawarkan secara eksklusif di Shopee pada harga RM37.

Untuk maklumat lanjut berkenaan perasa terbaharu Kopi C Cadbury Dairy Milk, layari laman Facebook kami di https://www.facebook.com/CadburyMalaysia dan Instgram https://www.instagram.com/cadbury_my/ . - 7KLIK


[kredit: CADBURY MALAYSIA]

Post a Comment

0 Comments