Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SUITS, LAWLESS LAWYER, DRAMA KOREA TERBAHARU DI TONTON


SUITS dan Lawless Lawyer merupakan dua drama bersiri terhangat Korea mengenai dunia perundangan dengan tayangan perdana serentak dari Korea sepanjang Jun 2018.

Persiapkan diri anda dengan kosa kata perundangan untuk menonton drama terbaru ini.  tonton menyediakan dua drama terhangat dan mendebarkan dari Korea hanya untuk anda!

Dengan perkhidmatan streaming terbesar dan nombor 1 di Malaysia, tonton kini mengembangkan kandungan K-dramanya dengan memperkenalkan dua drama bersiri terbaharu yang memaparkan sisi dunia perundangan sepanjang bulan Jun 2018. 

Saksikan dua drama terbaharu ini yang disiarkan serentak dengan tayangan perdana di Korea hanya di tonton; Suits bermula 2 Jun 2018 pada jam 12.00 tengah hari dan Lawless Lawyer pada 13 Jun 2018 jam 12.00 tengah hari


SUITS

Diilhamkan dari drama bersiri Amerika yang mempunyai tajuk yang sama - Suits. Drama versi Korea ini menjanjikan kelainan dari aspek skrip dan plot yang lebih mendebarkan. Choi Kang-Seok (lakonan Jang Dong-Gun) ialah Harvey Specter versi Korea merupakan seorang peguam berjaya dan berkarisma di sebuah firma undang-undang yang berprestij. Sebagai peguam senior, dia mengalami kesukaran untuk mencari peguam baru untuk firmanya.

Sementara itu, Go-Yeun Woo (lakonan Park Hyung-Sik) yang membawa watak Mike Ross merupakan seorang pemuda yang bercita-cita menjadi seorang peguam. Namun, disebabkan faktor kewangan, dia terpaksa melupakan impiannya lalu berkerja sebagai penjaga parkir sahaja. Akibat terdesak untuk membayar bil hospital neneknya, dia menerima tugas untuk mengedar dadah. 

Malang tidak berbau untuk dirinya apabila dia telah diperangkap dan ketika melarikan diri daripada pihak polis, dia secara tidak sengaja masuk ke bilik temuduga di firma Kang-Seok. Lantas, Kang-Seok mempergunakan jawatannya dengan menerima Yeun-Woo sebagai peguam baru yang tiada sebarang kelayakan namun mempunyai keistimewaan dengan ingatan fotografi yang kuat di samping skil pemahaman yang bagus.

Drama bersiri ini menampilkan barisan bintang terkenal seperti Jang Dong-Gun (Friend, Tegukgi: The Brotherhood of War), Park Hyung-Sik (The Heir, Strong Girl Bong-soon), Chae Jung-an (Queen of Reversals, Entertainer) dan Ko Sung-hee (Miss Korea, The Night Watchman’s Journal).

Adakah taruhan Kang-Seok berbaloi atau sebaliknya? Temui jawapannya dengan menyaksikan “SUITS” bermula 2 Jun 2018 ini, setiap Sabtu dan Ahad, 12.00 tengah hari hanya di www.tonton.com.my.



SUITS
Bahasa: Korea
Tarikh disiarkan: 2 Jun 2018 
Hari: Setiap Sabtu dan Ahad
Masa: 12.00 tengah hari
Episod: 16 
Genre: Drama
Pelakon: Jang Dong-Gun, Park Hyung-Sik, Jin Hee-Kyung, Chae Jung-An, Ko Sung-Hee, Choi Gwi-Hwa


LAWLESS LAWYERS

Pembunuhan kejam ibu tersayang di tangan seorang hakim yang dihormati menyebabkan Bong Sang-Pil (Lee Joon-Gi) ingin membalas dendam di atas kematian ibunya. Dia menanamkan hasrat untuk menjadi seorang peguam dan kini dia berjaya mencapai cita-citanya itu. 

Terdesak untuk memenangi kes guaman nya, Bong Sang-Pill menggunakan kelemahan undang-undang dalam kes terdahulu untuk menang. Apabila manual undang-undang tidak boleh diguna pakai, dia akan mengambil jalan nya yang tersendiri dengan menggunakan kekerasan dalam menegakkan keadilan.

Sang-Pill memperluaskan legasinya dengan membuka sebuah firma guaman di kampungnya, Gisung. Firmanya telah disertai oleh seorang peguam yang sangat berintegriti tinggi, Ha Jae-Yi (Seo Ye-Ji).  Akibat memukul seorang hakim kerana keputusan yang berat sebelah, lesen perundangan Sang-Pill telah digantung. 

Jae-Yi merasakan Gisung merupakan medium terbaik untuknya menyelesaikan dendam yang disimpan selama ini. Tambahan pula, Sang-Pil mengetahui beberapa maklumat mengenai keputusan perbicaraan yang tidak adil dan kes berkaitan punca kematian ibu Jae-Yi yang juga mati di tangan hakim tersebut.

Menampilkan pelakon handalan seperti Lee Joon-gi (My Girl, Arang and the Magistrate) dan Seo Ye-ji (The Night Watchman’s Journal, Last), Lee Hye-Young (Dal-ja’s Spring, Queen of Housewives) dan Choi Min-soo (My Wife is a Gangster 3, The Royal Gambler) dan juga nama-nama lain yang dikenali dalam industri membuatkan drama ini bakal memberi kelainan kepada anda.

Mampukah Sang-Pil menyelesaikan kes ini demi menuntut keadilan buat ibunya? Saksikan “Lawless Lawyer” bermula 13 Jun 2018, setiap Rabu dan Khamis, 12.00 tengah hari hanya di www.tonton.com.my untuk merungkai segala kebenaran!



LAWLESS LAWYER
Bahasa: Korea
Tarikh :13 Jun 2018 
Hari: Rabu
Masa: 12.00 tengah hari
Episod: 23 episod x 1 jam
Genre: Drama
Pelakon Lee Joon-Gi, Seo Ye-Ji, Lee Hye-Young, Choi Min-Soo


Menurut Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan dan Penjenamaan Televisyen Network Media Prima Berhad, 

“Kami berasa teruja dengan adanya dua buah K-drama terbaru ini yang dibawakan khas  buat 8.1 juta pengguna kami. Kami yakin drama bersiri terbaik seperti ‘Suits’ dan ‘Lawless Lawyer’ ini mampu menggembirakan penonton dan mengembangkan lagi penjenamaan tonton kepada pengguna dan peminat k-drama secara lebih meluas lagi.”

Tambahnya lagi, 

“Pemilihan dua drama bersiri ini menunjukkan usaha berterusan dari pihak tonton dengan menawarkan kandungan yang terbaik lagi berkualiti buat semua pelanggan dan pengguna kami.”

[KREDIT: tonton]

Post a Comment

0 Comments