SEJARAH tercipta. Selepas lebih 60 tahun Barisan Nasional menjadi kerajaan, buat pertama kalinya pasukan pembangkang, Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sekali gus layak membentuk kerajaaan baharu Malaysia.
PRU14 menyaksikan Pakatan Harapan yang juga merupakan gabungan komponen Parti Peribumi Melayu Bersatu, Parti Keadilan Rakyat, Amanah dan DAP berjaya menewaskan Barisan Nasional dengan memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen.
Tahniah kepada Tun Mahathir Mohamad atas segala pengorbanan untuk menyelamatkan negara. Tun sekali lagi bakal mengetuai kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.
Semoga proses peralihan kuasa berlangsung dalam keadaan yang aman dan matang tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
Tahniah juga kepada rakyat Malaysia yang berani memilih untuk membuat perubahan. Akhirnya rakyat bangkit bersuara. Tahniah Malaysia Baharu!

0 Comments