4 Mei 2018

DETEKTIF OTAI, PENGALAMAN JADI TARUHAN


SAKSIKAN sebuah filem menarik Korea, Veteran, menerusi slot Layar Asia pada 5 Mei ini, pukul 11.00 malam.

Filem yang pernah memenangi Casa Asia Award di Festival Filem Sitges ini mengisahkan seorang detektif polis yang menjalankan penyiasatan ke atas kes cubaan membunuh seorang lelaki. Suspek merupakan seorang ahli korporat berjaya dan menggunakan kekayaannya untuk mengaburi kegiatan jenayahnya.

Mengangkat watak Seo Do Cheol, seorang detektif polis yang hidup dalam serba sederhana. Dia mula menyiasat kes seorang lelaki bernama Bae yang koma setelah dikatakan cuba membunuh diri dengan terjun dari bangunan Syarikat Sunjin milik seorang lelaki korporat iaitu Cho Tae Oh. 




Anak Bae mendakwa ayahnya dipukul Tae Oh dan ini menimbulkan keraguan yang membuatkan Seo mula menyiasat. Pengarah Choi yang bekerja dengan Tae Oh telah diarahkan untuk menyogok isteri Detektif Seo dengan wang agar mempengaruhi suaminya untuk menghentikan siasatan. 

Ketika Seo melakukan pemeriksaan, seorang anggotanya ditikam dan Pengarah Choi telah ditahan reman. Seo yakin bahawa Tae Oh merupakan dalang di sebalik kejadian ini dan terlibat dengan pelbagai jenayah seperti cubaan membunuh, sindiket pelacuran, dadah serta penyeludupan kereta mewah. 

Setelah menempuh pelbagai dugaan, akhirnya Seo berjaya menangkap Tae Oh setelah mempunyai bukti mencukupi dan juga saksi.

Filem arahan Ryoo Seung-Wan ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Hwang Jung Min, Yu Hae Jin, Yoo Ah In, Oh Dal Su dan Jang Yoon Ju yang pastinya mengiburkan penonton.




Filem Veteran
Tarikh Tayangan: 5 Mei 2018
Hari: Sabtu
Masa: 11.00 Malam
Saluran: TV2 
Pelakon: Hwang Jung Min, Yu Hae Jin, Yoo Ah In, Oh Dal Su dan Jang Yoon Ju

Tiada ulasan:

Catat Ulasan