Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TENTANG DIA: ALTIMET LUASKAN PENGARUH


MUNGKIN ramai yang tidak tahu Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman pernah menganggotai Kumpulan Teh Tarik Crew yang ditubuhkan pada 1999 bersama Mizz Nina, DJ Fuzz dan Fiquetional. Selepas kumpulan itu berpecah pada 2007, Altimet memulakan kerjaya secara solo.


  • Lahir pada 27 November 1978 dan berasal dari Selangor.
  • Mula aktif dalam bidang seni sekitar tahun 1999 sehingga hari ini.
  • Memperjuangkan irama Hip Hop.
  • Merupakan seorang rapper, penulis lagu dan penerbit.


  • Pernah dikenali menerusi lagu-lagu seperti Fisrt Among, Equals, Kota Rayaku, Amboi dan lain-lain.
  • Lagu Kalau Aku Kaya (Duet Awi Rafael) merupakan lagu hip hop pertama di Malaysia yang pernah berada di kedudukan tiga teratas di Anugerah Juara Lagu dan telah meraih lebih daripada 1 juta muat turun digital.


  • Merupakan duta 1Malaysia dan ikon Belia Kebangsaan.
  • Suara Altimet pernah digunakan untuk aplikasi Waze iaitu aplikasi trafik yang berasaskan komuniti terbesar di dunia.
  • Merupakan rapper Malaysia pertama yang didengari di aplikasi ini di seluruh dunia dalam bahasa Inggeris dan Melayu.
  • Mengusahakan kenama pakaian berkonsepkan Islam untuk kaum lelaki (dewasa dan kanak-kanak) di bawah label Benua Clothing bersama rakan bisnesnya sejak lebih empat tahun lalu.
  • Dia turut memguruskan salah satu cawangan kedai gunting rambut Joe Filzzow.

  • Pernah membintangi filem Rentap sebagai penampilan khas dan menjadi teraju utama dalam program PU Wid.
  • Membintangi teater Ola Bola The Musical yang dipentaskan di Istana Budaya baru-baru ini.


  • Merupakan pemenang trofi kataegori Persembahan Terbaik menerusi lagu Amboi di Anugerah Juara Lagu ke-32 yang berlangsung pada 11 Februari 2018. 
  • Altimet merancang untuk menamatkan kerjayanya sebagai seorag penyanyi pada hari lahirnya yang ke-40 pada 27 November 2018.
  • Meskipun tidak lagi menyanyi, dia akan terus menulis lagu-lagu untuk penyanyi-penyanyi lain.

Post a Comment

0 Comments