26 Apr 2018

TAYANGAN PERDANA SEDUNIA, MISS SHERLOCK


RANCANGAN terbitan bersama pertama di antara HBO Asia dan Hulu di Japan, Miss Sherlock, akan ditayangkan di seluruh dunia secara serentak di 20 negara Asia di saluran rangkaian dan perkhidmatan HBO Asia dan juga Hulu di Japan pada Jumaat, 27 April. 

Saksikan siri ini di HBO (Astro Ch 411/ HD 431) pada 9 pagi, dengan ulangan waktu perdana hari yang sama pada 9 malam. Episod baharu akan disiarkan pada waktu yang sama setiap hari Jumaat.

Karya asal Sherlock Holmes oleh Sir Arthur Conan Doyle ini telah diolah semula dalam bahasa Jepun dan berlatar belakangkan bandar Tokyo yang moden. Kali ini, watak utamanya, Sherlock Holmes dan Dr. John Watson dimainkan oleh wanita. Yuko Takeuchi (Dog in a Sidecar, Flashforward) memegang watak sebagai Sherlock manakala watak rakan setugasnya, Dr. Wato Tachibana dimainkan oleh Shihori Kanjiya (Chiritotechin, Kuchizuke).

Dalam siri drama Jepun lapan bahagian HBO Asia Originals selama sejam ini, Dr. Wato Tachibana yang merupakan seorang pakar bedah yang baru kembali dari misi doktor sukarelawan di Syria dan Sherlock, seorang pegawai penyiasat di jabatan polis, bekerjasama untuk menyelesaikan kes-kes yang rumit dan menggemparkan. 




Sepanjang siri ini, Miss Sherlock dan rakan setugasnya akan menggunakan kepakaran dan kebijaksanaan yang luar biasa masing-masing untuk merungkai pelbagai kes misteri.

Pelakon-pelakon lain dalam Miss Sherlock termasuklah Kenichi Takito (Rhythm and Police, Hanzawa Naoki) yang  memegang watak sebagai Inspektor Reimon, seorang yang cuba mengambil kesempatan ke atas kebijaksanaan Sherlock untuk kepentingan kerjayanya sendiri; 

Tomoya Nakamura (Spinning Kite, The Never-Setting Sun) memegang watak sebagai Sarjan Shibata, seorang lelaki konservatif yang bertugas di bawah Inspektor Reimon; 

Yukiyoshi Ozawa (The Forest, Criminal Minds: Beyond Borders) memegang watak sebagai Kento Futaba, iaitu abang kepada Sherlock; 

Ryohei Otani (Gunman in Joseon, We Married As Job) memegang watak sebagai kekasih Dr. Wato Tachibana, dan Ran Ito (Garden of the Wind, Doctors: The Ultimate Surgeon) pula menggalas watak sebagai tuan rumah Sherlock yang juga seorang balu, Kimie Hatano.




Yuko Takeuchi (Dog in a Sidecar, Flashforward) 
Memegang watak sebagai Sherlock yang dilahirkan di England dan telah kembali ke Jepun. Sherlock menggunakan tahap pemerhatiannya yang luar biasa dan pertimbangannya untuk menyelesaikan kes-kes misteri sebagai seorang konsultant untuk pihak polis. Ibu bapanya terkorban dalam kemalangan kapal terbang ketika beliau berusia 7 tahun, dan sejak dari itu Sherlock mempunyai masalah untuk mempunyai hubungan rapat dengan orang-orang di sekelilingnya.

Shihori Kanjiya (Chiritotechin, Kuchizuke) 
Memegang watak Dr. Wato Tachibana. Ibu bapanya juga  doctor dan merupakan seorang pakar bedah hebat yang mementingkan keadilan. Tanpa persetujuan ibu bapanya, beliau menyertai satu misi perubatan di Syria. Hidupnya berubah serta-merta apabila dia bertemu Sherlock buat pertama kalinya di sebuah lokasi jenayah. Sejak dari itu, mereka berdua saling berkerjasama untuk menyelesaikan kes-kes misteri yang aneh.

Kenichi Takito (Rhythm and Police, Hanzawa Naoki) 
Memegang watak sebagai Inspektor Reimon, seorang detektif hebat dari Jabatan Penyiasatan Jenayah Pertama Metropolitan Police. Reimon mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu ingin mengambil kesempatan ke atas kebijaksanaan Sherlock untuk kemaraan kerjayanya.

Tomoya Nakamura (Spinning Kite, The Never-Setting Sun)  
Memegang watak sebagai Sarjan Shibata yang bertugas di bawah Inspektor Reimon. Seorang yang konservatif. Beliau dibesarkan secara bersendirian oleh ibunya setelah bapanya terkorban ketika berkhidmat sebagai anggota polis. Kesusahan yang dihadapi oleh ibunya menjadikan beliau berpegang pada prinsip bahawa seorang lelaki harus melindungi wanita.

Ryohei Otani (Gunman in Joseon, We Married As Job) 
Memegang watak sebagai Toru Moriya, seorang wartawan perang yang kembali ke Jepun selepas mengalami pengalaman yang serupa dengan Dr. Wato dan beliau juga menghidapi Gangguan Stres Pasca Trauma (PTSD).  Beliau dan Dr. Wato bertemu ketika menjalani rawatan kaunseling di sebuah klinik. Kedua-duanya mula menjadi semakin rapat dan saling mencintai.




Yukiyoshi Ozawa (The Forest, Criminal Minds: Beyond Borders) 
Memegang watak sebagai Kento Futaba, iaitu abang kepada Sherlock dan juga Setiausaha Eksekutif kepada Perdana Menteri. Selepas kematian ibu bapa mereka, Kento bertanggungjawab menjaga Sherlock dan risau akan adiknya yang mempunyai masalah untuk rapat dengan orang di sekelilingnya.

Yuki Saito (I Am A Housewife, Regret From My School Days) 
Memegang watak sebagai Mariko Irikawa, seorang kaunselor psikologi.

Ran Ito (Garden of the Wind, Doctors: The Ultimate Surgeon) memegang watak sebagai Kimie Hatano, seorang balu yang juga tuan rumah kepada Sherlock. Mendiang suaminya pernah diculik ketika bertugas di Timur Tengah untuk sebuah syarikat  perdagangan. Beliau diselamatkan oleh ayah Sherlock yang merupakan seorang diplomat di situ. Sejak dari itu, Kimie sentiasa membantu Sherlock sebagai tanda penghargaan kepada ayahnya.




Miss Sherlock akan ditayangkan secara serentak di seluruh dunia pada Jumaat, 27 April. Saksikannya di HBO (Astro Ch 411/ HD 431)  pada 9 pagi, dengan ulangan waktu perdana hari yang sama pada 9 malam. Episod baharu akan disiarkan pada waktu yang sama setiap hari Jumaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan