Hot Posts

6/recent/ticker-posts

STEPHEN CHOW FIGHT BACK TO SCHOOL


SLOT Golden Dragon seperti biasa menjanjikan filem-filem hebat Hong Kong khas buat penonton setianya. 26 April ini saksikan filem aksi komedi Fight Back To School pukul 9.30 malam. 

Kalau di Malaysia kita ada Saiful Apek sebagai otai lawak. Jika di Hong Kong, pastinya nama Stephen Chow sinonim dengan filem-filem komedi yang pastinya muncul dengan pelbagai gelagat mencuit hati. 

Filem arahan Gordon Chan ini mengangkat watak Chow Sing-Sing, lakonan hebat Stephen Chow sebagai seorang anggota polis. Chow akan dipecat tetapi diberi satu lagi peluang untuk menyelamatkan kerjayanya. 

Dia diarah oleh ketuanya untuk menjalankan siasatan di sebuah sekolah apabila pistol milik ketuanya didapati hilang setelah sekumpulan pelajar dari Sekolah Tinggi Edinburg membuat lawatan ke balai polis. Maka Chow terpaksa menyamar menjadi salah seoarang pelajar baru di sekolah itu. Dia turut dibantu oleh Sarjan Tat yang menyamar sebagai tukang kebun.




Sekumpulan pelajar yang diketuai oleh Johnny sentiasa membuli pelajar-pelajar lain dan keberanian Chow berhadapan dengan mereka menyebabkan dia disanjung dan dianggap sebagai pembela dalam kalangan pelajar lain. 

Sementara itu, Chow terpikat dengan kejelitaan seorang guru kaunselor bernama Ho. Hubungan mereka bertambah erat apabila Ho membuat kelas tambahan khas untuk Chow. Namun identitinya terbongkar apabila dia diserang sekumpulan penjahat ketika sedang berjalan dengan Ho.

Chow berjaya mengesan pistol tersebut yang dicuri oleh Johnny. Dia bersubahat dengan ketua gengnya, Teddy yang terlibat dalam penyeludupan senjata api.  Akhirnya, Chow yang dibantu oleh Tat dan pelajar-pelajar lain berjaya memberkas Teddy dan konco-konconya. Chow juga berjaya memikat cikgu Ho dan dinaikkan pangkat sebagai ketua inspektor.



Fight Back To Scool
Tarikh Tayangan: 26 April 2018
Hari: Khamis
Masa: 9.30 Malam
Saluran: TV2 
Arahan: Gordon Chan 
Pelakon: Stephen Chow 

Post a Comment

0 Comments