10 Apr 2018

PROGRAM LARIAN MASKRUN DITANGGUHKAN



PROGRAM larian Mask Run yang dijadualkan berlangsung pada 15 April 2018 telah ditunda ke tarikh baru iaitu 15 Julai 2018.

Difahamkan penangguhan ini dilakukan untuk memberi laluan kepada aktiviti berkaitan pilihanraya yang bakal bermula dalam masa terdekat.

Berikut merupakan surat rasmi daripada pihak penganjur yang memaklumkan tentang penangguhan tersebut.

Dukacita dimaklumkan bahawa acara program MASK RUN 2018 yang dijadualkan berlangsung pada 15hb April 2018 ini terpaksa DITANGGUHKAN ke tarikh baru yang telah ditetapkan oleh pihak DBKL iaitu pada 15hb Julai 2018 atas sebab memberi keutamaan kepada sebarang aktiviti berkaitan dengan Pilihanraya Umum (PRU14) yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa terutamanya pada bulan April 2018 ini.  
Kami memohon kerjasama daripada pihak media untuk memberi kerjasama dengan pihak kami tentang makluman ini.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan