Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SUPER KAROKS BONANZA KOOL FM


KOOL FM menampilkan ‘Super Karoks Bonanza’ bagi pengisian kali ini.  Bermula Isnin, 19 Mac sehingga 6 April 2018, anda berpeluang menangi wang tunai RM500 atau lambakan Ringgit Malaysia menerusi Super Karoks Bonanza. 

Anda hanya perlu namakan dua tajuk lagu berserta nama artis dengan betul yang ada klip bunyi Super Karoks Bonanza di dalam lagu. Di samping itu, semasa ‘Waktu Bonus’, anda boleh menang tambahan RM1,000 jika dapat meneka dengan tepat. 

Nantikan isyarat memanggil sepanjang hari di Kool FM dengan menampilkan Elly Mazlein, Hazama dan Elyana yang bertindak sebagai ejen Super Karoks Bonanza.

“Ini adalah kali pertama Super Karoks Bonanza dianjurkan oleh Kool FM. Kempen ini adalah kesinambungan dari Super Karoks musim pertama dan kedua yang telah diadakan. 
"Ianya diteruskan hasil sambutan hangat daripada pelbagai pihak termasuklah pendengar dan juga para artis yang terlibat pada musim lalu. 
"Untuk kali ini, kami telah memperhalusi dan menambahbaik setiap aspek dalam menyajikan pengisian yang terbaik dengan memberi peluang kepada pendengar untuk memenangi wang tunai yang ditawarkan. 
“Kepada pendengar setia Kool FM, jangan ketinggalan untuk menang sekurang-kurangnya RM500 bersama Super Karoks Bonanza atau wang terkumpul akan jadi milik anda,” jelas Nik Nor Azura, Ketua Program Kool FM.

Post a Comment

0 Comments