Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MARK ADAM KONGSI WANG KEJUARAAN SUPER BINTANG BERSAMA BINTANG


MARK ADAM akhirnya dinobatkan sebagai juara Super Bintang Bersama Bintang 2018 sekaligus memenangi wang tunai berjumlah RM100,000.

Kemenangan Mark ini dengan menewaskan empat finalis lain iaitu Achey, Shuk, Issey dan Ajak.

Penyanyi asal kelahiran Filipina ini bagaimanapun tampil membuat kejutan apabila mengumumkan bakal mengagihkan wang kemenangan itu dengan rakan-rakan finalist yang lain.

Menurut Mark dalam ucapannya selepas diumumkan sebagai pemenang, dia akan memberikan RM60,000 kepada rakan-rakannya itu di mana setiap seorang daripada mereka akan mendapat RM15,000.


Bagaimanapun, ia sebenarnya bukanlah tindakan yang dilakukan Mark secara spontan, sebaliknya keputusan itu telah dibincangkan bersama-sama dengan rakan-rakan lain sebelum malam penentuan lagi.

"Saya dan rakan-rakan telah berbincang sesama sendiri dengan rakan-rakan sebelum ini dan kami bersetju untuk berkongsi wang kemenangan bersama-sama tidak kira siapapun yang akan bergelar pemenang. 
"Jadi bila nama saya yang diumumkan sebagai pemenang, saya jadikan apa yang kami bincangkan ini satu kenyataan kerana memang saya mahu berkongsi rezeki ini dengan rakan-rakan. 
"Walaupun kami dalam pertandingan, tetapi di luar kami sebenarnya saling membantu dan berkongsi idea untuk sama-sama mencantikkan persembahan setiap dari kami sepanjang program ini berlangsung," jelasnya.



Mark yang bergandingan dengan pelakon Khir Rahman telah tampil dengan sebuah sketsa dan nyanyian yag sangat menarik perhatian ramai terutamanya ketika berkongsi tentang klip video ibunya bercakap dalam bahasa Melayu.

"Kelebihan persembahan saya pada malam ini juga adalah kerana rakan gandingan yang sangat bagus, Khir Rahman yang banyak membantu saya dari segi idea dan bagaimana untuk bergerak di pentas. 
"Waktu mula-mula saya saya ajak Khir Rahman menyertai saya di peringkat akhir ini, soalan pertama yang dia tanya adalah, adakah saya rasa dia boleh bantu persembahan saya? 
"Saya kata mestilah boleh sebab dia adalah Khir Rahman dan dia idola saya," cerita Mark jujur. 



Arena Bintang Bersama Bintang disiarkan selama tujuh  minggu bermula 14 Januari lalu.

Setiap peserta membuat persembahan sketsa dan nyanyian yang bertema bebas bersama seorang selebriti jemputan.

Selain Khir Rahman, selebriti yang turut terlibat mengiringi finalis membuat persembahan pada malam akhir ialah Syafiq Kyle, Shahrol Shiro, Uqasha Senrose, dan Anne Achey (Isteri Achey). 




Persembahan pada malam penentuan ini diadili oleh Saiful Apek selalu juri tetap dan Fasha Sandha sebagai juri undangan.

Sementara sistem pemarkahan pula dibahagikan  kepada dua bahagian iaitu 70% daripada panel juri, manakala 30% lagi daripada undian atas talian.

Super Bintang Bersama Bintang 2018 yang dihoskan oleh AG Kool FM dan disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan di TV3.


[KREDIT FOTO: INSTAGRAM TV3]

Post a Comment

0 Comments