Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Padmaavat mungkin tidak akan ditayangkan di Malaysia


FILEM terbaru arahan Sanjay Leela Bhansali, Padmaavat bukan hanya kontroversi di India sahaja, tetapi turut menerima bantahan di beberapa negara lain berkaitan isu panas yang menyentuh sensitiviti agama Islam.

Filem yang menampilkan Aktress jelita, Deepika Padukone sebagai teraju utama ini turut berdepan hal yang sama di Malaysia apabila tayangan yang sepatutnya masuk pawagam Khamis lalu, telah ditangguhkan dan berkemungkinan besar tidak akan ditayangkan di negara ini.
   



Antara sebab utama LPF mengambil tindakan itu adalah kerana jalan cerita filem ini yang  dikatakan  menyentuh isu sensitiviti Islam.

Hujung tahun lalu, Padmaavat turut mencetuskan kekecohan di India apabila satu rusuhan besar-besaran telah berlaku sebagai bantahan terhadap tayangan filem ini. Malah pengarah dan pelakon utamanya turut menerima ancaman bunuh.










Post a Comment

0 Comments