22 Feb 2018

ISSEY JUARA MINGGU KELIMA ARENA BINTANG BERSAMA BINTANG


"KALAU dengan aku, tak pernah tak menang Sey!” Seloroh Azmi Caliph Buskers ketika berbicara mengenai penglibatannya dalam Arena Bintang Bersama Bintang (Arena BBB). Tuah menyebelahi Issey dan Azmi apabila dinobatkan sebagai Juara minggu kelima Arena BBB. 

Issey tampil dalam persembahan kedua dengan membawakan Naib Juara Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32), Azmi Caliph Buskers sebagai pasangannya pada minggu ini. Tanpa disangka-sangka, Azmi merupakan seorang yang pandai berjenaka.

Pada awalnya Azmi agak gemuruh kerana ini merupakan sesuatu yang baru baginya namun dia dilihat begitu bersahaja menyampaikan bait-bait dialog sketsa mereka. Menyanyikan lagu Keramat nyanyian asal Rhoma Irama, duo ini mendapat tepukan gemuruh daripada penonton di studio.

Setelah berehat panjang bagi memberi laluan kepada siaran langsung Anugerah Juara Lagu ke-32, Arena Bintang Bersama Bintang kembali dengan persediaan peserta yang lebih rapi dan bersungguh-sungguh. Jarak masa selama dua minggu ternyata membuahkan hasil yang cemerlang dan berkualiti buat persembahan semua peserta.




Bintang Bersama Bintang 2018 merupakan medan peperangan lawak era baharu dinamakan Arena Bintang Bersama Bintang yang dibarisi oleh nama-nama besar seperti Abam, Ajak, Issey, Mark Adam, Achey dan Shuk. 

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap Ahad bermula 14 Januari 2018 pada pukul 10.00 malam, para peserta Bintang Bersama Bintang 2018 dibenarkan membawa seorang selebriti jemputan untuk mengambil bahagian dalam sketsa mereka.

Minggu ini Arena BBB membawakan beberapa nama besar dalam industri seni negara sebagai pasangan kepada para peserta. Artis undangan pada minggu ini adalah Ropie, Elly Mazlein, Ismail Izzani, Zulin Aziz, Joey Daud dan Azmi Caliph Buskers. Manakala juri jemputan pada minggu ini adalah pengacara baharu Melodi, Janna Nick.

Persembahan pertama pada minggu ini dimulakan oleh Mark Adam dan gandingannya Joey Daud. Menceritakan kisah dua beranak yang tinggal berjauhan, si anak belajar di luar negara namun lupa diri dan asal usulnya. Walaupun sketsa mereka mencuit hati, namun mesej yang disampaikan cukup bermakna buat penonton di studio mahu pun di rumah. 



.
Minggu ini Arena BBB membawakan beberapa nama besar dalam industri seni negara sebagai pasangan kepada para peserta. Artis undangan pada minggu ini adalah Ropie, Elly Mazlein, Ismail Izzani, Zulin Aziz, Joey Daud dan Azmi Caliph Buskers. Manakala juri jemputan pada minggu ini adalah pengacara baharu Melodi, Janna Nick.

Persembahan pertama pada minggu ini dimulakan oleh Mark Adam dan gandingannya Joey Daud. Menceritakan kisah dua beranak yang tinggal berjauhan, si anak belajar di luar negara namun lupa diri dan asal usulnya. Walaupun sketsa mereka mencuit hati, namun mesej yang disampaikan cukup bermakna buat penonton di studio mahu pun di rumah.

Saban minggu, Achey sentiasa mempunyai idea menarik untuk dipersembahkan dalam sketsanya. Berkaitan gaya hidup remaja masa kini, Ismail Izani sebagai ‘sidekick’ Achey memberikan komitmen 100 peratus dalam persembahan mereka. Walaupun berbeza latar belakang kerjaya, kedua-dua mereka berjaya meraih perhatian dan gelak tawa penonton.

Seterusnya persembahan daripada Abam dan selebriti jemputannya, Zulin Aziz membawa sketsa mengenai tanggungjawab sebagai penyewa rumah yang tidak mampu untuk membayar sewa dan pengotor. Keletah Abam dan Zulin membuatkan suasana di studio riuh rendah dengan gelak tawa.




Dari dulu hingga kini, filem Azura lakonan Jamal Abdillah dan Fauziah Ahmad Daud, sentiasa mendapat tempat di hati peminat filem klasik tempatan. Shuk dan Elly Mazlein melakonkan semula dalam kreativiti mereka serta menyanyikan lagu hit, Perawan atau Janda oleh Cita Citata.

Menutup tirai Arena BBB pada minggu ini adalah Ajak dan Ropie yang cuba membawa kelainan dalam persembahan mereka. Sketsa mengenai seorang alim yang cuba mengajak jiran ke masjid bagi menunaikan solat namun kerap ditolak. Duo ini menyanyikan lagu nyanyian asal Medina, Dunia Sementara Akhirat Selamanya.

Tiada penyingkiran dilakukan pada setiap minggu namun pemenang mingguan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000. Manakala, pada peringkat akhir iaitu Super Bintang Bersama Bintang, pemenang keseluruhan bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 100,000.




Sistem pemarkahan Bintang Bersama Bintang 2018 dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 70% daripada panel juri dan 30% daripada undian atas talian. Untuk mengundi dan ketahui info lebih lanjut mengenai Bintang Bersama Bintang 2018, para penonton boleh ke laman sesawang www.xtra.com.my/BBB2018.

Undian atas talian hanya dibuka pada hari bersiaran bermula jam 6.00 petang. Portal xtra (www.xtra.com.my) menampilkan berita hiburan dan kandungan sensasi dari seluruh negara selain siaran LIVE TV secara percuma yang dikuasakan oleh tonton.




Para penonton Bintang Bersama Bintang 2018 boleh mengikuti perkembangan para peserta Bintang Bersama Bintang 2018 melalui Komik Bintang Bersama Bintang (BBB) pada setiap Ahad jam 6.00 petang di TV3. Komik BBB memaparkan aktiviti harian para peserta di samping persediaan mereka untuk mempersembahkan sketsa mingguan. Para penonton boleh memeriahkan media sosial dengan #BBB2018.

Bintang Bersama Bintang 2018 juga dapat disaksikan secara HD di portal video www.tonton.com.my melalui langganan pakej tonton VIP. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan