Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TIMANG ANAK LELAKI, NORA DANISH SELAMAT BERSALIN


PELAKON Nora Danish selamat bersalin dan menimang cahaya mata lelaki menerusi kaedah pembedahan caesarean sekitar jam 9.05 pagi tadi di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Bayi comel yang juga merupakan cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup Nora dan Nedim Nazri Aziz ini dinamakan Mohamed Neqayl Nedim yang kini berada dalam keadaan yang sihat walafiat.




Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish, 35, tidak mengambil masa yang lama untuk memperkenalkan wajah dan mengumumkan nama cahaya mataya ini dengan berkongsi terus dengan para peminatnya di laman Instagram peribadinya selepas beberapa jam bersalin.

Ramai yang memuji tindakan Nora yang disifatkan memahami keinginan para peminat yang nyata tidak sabar untuk melihat ajah bayinya itu.




Menerusi foto-foto yang dikongsi, Nora setia ditemani suami, Nedim, yang kelihatan turut sporting dengan mengemaskini keadaan terkini Nora dan bayi mereka.

Nora dan Nedim melangsungkan perkahwinan pada Mac 2017 dalam sebuah majlis tertutup di Glasshouse, Seputeh.

Nora yang menerusi perkahwinan terdahulu memiliki seorang anak lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 9.


[KREDIT FOTO: Instagram Nora Danisha]

Post a Comment

0 Comments