Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Impak Jampi Hael Husaini di AJL32


TAHNIAH buat Hael Husaini yang berjaya men'Jampi barisan para juri sehingga diangkat sebagai juara lagu di Anugerah Juara Lagu ke-32 yang berlangsung malam tadi.

Kemenangan itu sekaligus melayakkan Hael yang juga merupakan komposer dan penulis lirik bersama Ezra Kong membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM50,000, beserta trofi dan baucar CJ Wow Shop RM10,000.

Hael tampil dengan persembahan hebat menyanyikan Jampi dengan iringan piano daripada penyanyi Sissy Imann dan suara latar dari kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia.

Naib juara menjadi milik lagu Sejati ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan yag dipersembahan dengan penuh penghayatan oleh Azmi Caliph Buskers.

Tempat ketiga menjadi milik lagu Tergantung Sepi, nyanyian Haqiem Rusli dan merupakan Ciptaan Ibnu & Ghouffran




Sementara itu, Ernie Zakri dan Syamel memukau penonton dengan persembahan vokal yang cukup hebat menerusi lagu Aku Cinta sehingga melayakkan mereka dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik. Rata-ratanya bersetuju dengan kemenangan mereka yang disifatkan sebagai sebagai paling tepat di mana persembahan mereka mendapat standing ovation daripada penonton di Axiata Arena.

Altimet pula cukup menghiburkan dengan persembahan gempak dan bersahaja menerusi lagu Amboi yang telah menjulang namanya bagi kategori Persembahan Terbaik.

Persembahan 12 finalis AJL 32 telah  diadili oleh 10 juri profesional yang diketuai oleh Azmeer, Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Datuk Ramli Sarip, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), Helen Yap, Sharon Paul, Lokman Uzir (Lok U), Edrie Hashim dan Aizat Amdan.

Dalam pada itu, Khai Bahar hanya berpuas hati dengan Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung yang dipilih berdasarkan undian peminat.




Finalis lain yang turut bertanding ialah Dayang Nurfaizah, Hazama, Salma, Wany Hasrita dan Ara Johari.

Meski Dayang gagal mendapat sebarang tempat, namun tiada siapa yang mampu menafikan kehebatan persembahan pemenang Vokal Terbaik selama tiga tahun berturut-turut di AJL ini. Dayang tetap terbaik, cuma rezeki tidak menyebelahi pada malam ini.

Tahniah juga buat Sherry Al Hadad dan Alif Satar yang berjaya mengacakan AJL32 dengan gaya mereka yang tersendiri dan mendapat pujian ramai pihak. - 7KLIK




KEPUTUSAN PENUH AJL 32

Juara: Jampi - Hael Husaini
Komposer & Penulis Lirik: Hael Husaini/Ezra Kong
Hadiah: RM 50, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM10, 000

Tempat Kedua: Sejati - Azmi Caliph Buskers (nyanyian asal Faizal Tahir)
Komposer & Penulis Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan
Hadiah: RM 35, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000

Tempat Ketiga: Tergantung Sepi - Haqiem Rusli
Komposer & Penulis Lirik: Ibnu & Gouffran
Hadiah: RM 20, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000

Vokal Terbaik: Aku Cinta – Syamel & Ernie Zakri
Komposer & Penulis Lirik: Syamel
Hadiah: RM12, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000

Persembahan Terbaik (dibawakan oleh Samsung): Amboi - Altimet
Komposer & Penulis Lirik: Navigator/Altimet
Hadiah: RM12, 000 berserta trofi, baucar CJ WOW Shop RM 2, 000 & telefon pintar Samsung A8

Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung: Bayang – Khai Bahar
Komposer & Penulis Lirik: Alam (Harry Khalifah)/ Patrick Anohada
Hadiah: Trofi & telefon pintar Samsung A8+


Post a Comment

0 Comments