BUAT pertama kalinya The Actors Studio, Seni Teater Rakyat akan membawa kemunculan semula pementasan Mak Yong Titis Sakti yang bakal berlangsung pada 27 Januari hingga 4 Febuari 2018, bertempat di Pentas Seni, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).
Ketika dipentaskan pada tahun 2009, tiada siapa membayangkan bagaimana dua dunia dengan era yang berbeza disatukan dengan begitu indah sekali. Pementasan Mak Yong ini berdasarkan karya komedi romantis William Shakespeare, dengan naskhahnya A Midsummer Night’s Dream arahan Norzizi Zulkifli.
Sejak itu, pementasan Mak Yong Titis Sakti telah melangkah lebih jauh. Mak Yong Titis Sakti ini adalah satu-satunya karya dari Malaysia yang tersenarai dalam himpunan arkib Shakespeare yang berpusat di Singapura (Asian Shakespeare Intercultural Archive – A-S-I-A).
Mak Yong Titis Sakti juga telah mendapat perhatian di Universiti Nasional Singapura di mana muncul sebagai salah satu silibus kuliah Intercultural Theatre di universiti tersebut, serta banyak diperbincangkan dalam penerbitan jurnal akademik Routledge Teater Asia.
Norzizi kemudiannya mengarahkan teater Medea (2010) dan Usikan Rebab (2012) serta memenangi
Anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Seni BOH Cameronian 2013. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya ke University of Wollongong, Australia pada 2012 selepas tamat pengajian sarjana MFA dalam bidang pengarahan teater dari Universiti Middlesex, London.
Sekembalinya beliau ke tanah air dengan segulung ijazah kedoktoran, Norzizi bersedia untuk terus membuat eksplorasi dengan percubaan berani beliau. Pada awal 2017, Norzizi telah mengarahkan teater Throne of Thorns yang melibatkan pelakon dari Australia mempersembahkan teater kontemporari intercultural yang mengadunkan teknik persembahan dari teater tradisional Melayu dengan naskhah Shakespeare, The Tempest.
Kini, Norzizi bersedia untuk meninjau kembali karyanya pada 2009, Mak Yong Titis Sakti dan beliau tetap mendapat sokongan kuat daripada kesemua ahlinya yang terdiri daripada Pereka Tari Zamzuriah Zahari, Pengarah Muzik Kamrul Hussin, Pereka Set Bayu Utomo Radjikin dan Pereka Kostum Nur Afifi Mohamed Taib.
Barisan pelakon asal Mak Yong Titis Sakti yang bakal beraksi termasuklah Zamzuriah Zahari, Asrulfaizal Kamaruzaman, Rosdeen Suboh, Shahanaros Shahruddin, Elza Irdalynna, Mohd Kamarulzaman Taib (Che Kem) serta Siti Farrah Abdullah.
Turut menjayakan beberapa pelakon baru termasuk pelakon terkenal Mardiana Alwi, Ezdianie Hayatie Omar, Safia Hanifah, Putri Hanan Shahidah serta lima penari dan dua belas pemuzik dan vokalis.
Berlatar belakangkan suasana mistik hutan yang dihuni pari-pari dan makhluk dari kayangan, Mak Yong Titis Sakti menceritakan kisah tentang tiga jenis cinta iaitu cinta yang sempurna, cinta terlarang dan cinta yang tak berbalas.
Keasyikan ini di sulami dengan dendangan muzik, tarian serta elemen komedi di dalamnya, sudah
pasti menghiburkan, apatah bagi mereka yang tidak pernah mengenal Mak Yong.
Kita tidak selalu berpeluang menonton persembahan tradisional yang tertua dan yang hampir pupus. Teater tradisional Mak Yong juga telah diiktiraf sebagai Warisan Tidak Ketara UNESCO pada tahun 2005. Maka kerana itu, Mak Yong Titis Sakti haruslah di tonton apatah lagi ianya adalah persembahan pembuka tirai acara sambutan ulang tahun The Actors Studio yang ke-30 pada 2019 nanti.
SINOPSIS
Apakah yang terjadi apabila sebuah karya klasik yang ditulis oleh dramawan Inggeris, di ceritakan semula dalam bentuk seni teater tradisional tertua dari Malaysia? The Actors Studio Seni, Teater Rakyat akan membawakan semula pementasan Mak Yong Titis Sakti, berdasarkan karya Shakespeare's A Midsummer Night's Dream di bawah arahan Norzizi Zulkifli.
Dengan berlatar belakangkan mistik hutan yang mempesona, kisah Mak Yong Titis Sakti berlegar antara tiga jenis cinta -cinta yang sempurna, cinta terlarang dan cinta yang tak berbalas. Di tambah pula nyanyian dan tarian serta elemen komedi, sudah pastinya menghiburkan apatah bagi mereka yang tidak pernah mengenal Mak Yong.
TENAGA PRODUKSI & PELAKON
Kumpulan Kreatif Penerbit Eksekutif: Dato’ Faridah Merican
Pengarah Artistic: Joe Hasham OAM
Pengarah: Norzizi Zulkifli
Pereka Tari: Zamzuriah Zahari
Pengarah Muzik: Kamrul Hussin
Pereka Set : Bayu Utomo Radjikin
Pereka Kostum: Nur Afifi Mohamed Taib
Pelakon Mardiana Alwi (Raja Besar / Pak Yong Tua)
Ezdianie Hayatie Omar (Puteri Indah Permata / Mak Yong)
Zamzuriah Zahari (Raja Dewa Kayangan / Pak Yong Muda)
Asrulfaizal Kamaruzaman (Peran Tua)
Rosdeen Suboh (Peran Muda)
Shahanaros Shahruddin (Cempaka Sari)
Safia Hanifah (Iskandar Muda)
Putri Hanan Shahidah (Seri Laksana)
Elza Irdalynna (Indera Putera)
Mohd Kamarulzaman Taib aka Che Kem (Memanda
Bijaksana)
Siti Farrah Abdullah (Bunga Kasih Sakti)
Tiket RM80 / RM60 / RM40 (concession)
Box Office Call 03 4047 9000 (klpac) or 03 7880 7999 (Ticket Pro)
Walk in to klpac box office or any Ticket Pro outlets
Buy online via www.ticketpro.com.my
Laman Sesawang www.klpac.org
0 Comments