4 Nov 2017

PESAN DARI TUHAN, HANYUT DOMINASI ASK 2017


TAHNIAH buat semua pemenang dan karyawan yang telah mencipta fenomena di malam Kemuncak Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) yang berlangsung malam tadi di Dewam Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Ternyata segala penat lelah dan perjuangan Erma Fatimah menyiapkan drama Pesan Dari Tuhan berbaloi apabila drama istimewa yang sarat dengan mesej tersurat dan tersirat itu telah dinobatkan sebagai Drama Terbaik ASK 2017.

Drama ini turut mengungguli kategori Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik yang dimenangi Erma sendiri, selain Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Remy Ishak. 




Sementara untuk kategori filem pula, Hanyut menjadi pilihan juri mengalahkan saingan lain termasuk filem Adiwiraku yang dijulang sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) yang lalu.

Hanyut turut memenangi kategori Pengarah Terbaik dan Lakonan Layar Terbaik yang menobatkan U-wei Hj Saari, diikuti Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Khalid Salleh dan Diana Danielle.




Selain Diana Danielle yang mengulangi kejayaan dalam kategori  sama yang diraih di FFM29, pelakon utama filem Adiwiraku, Sanggeta Krishnasamy turut membuktikan kehebatannya apabila sekali lagi diiktirafkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem.

Acara malam kemuncak yang diacarakan oleh Fahrin Ahmad, Jihan Muse dan Shuk SJY  turut menyaksikan persembahan menarik daripada Nora, Black Hanafiah, Jaclyn Victor, Ayda Jebat, Hael Husaini & Koir Kebangsaan Malaysia dan lain-lain.



Berikut merupakan senarai keputusan ASK 2017:

Drama Terbaik
Pesan Dari Tuhan

Filem Terbaik
Hanyut

Drama Rantaian Terbaik 
My Sweet Lavender

Pengarah Terbaik Drama 
Erma Fatima (Pesan Dari Tuhan)

Pengarah Terbaik Filem 
U-wei Hj Saari (Hanyut)

Lakon TV Terbaik 
Erma Fatima (Pesan Dari Tuhan)

Lakon Layar Terbaik 
U-wei Hj Saari (Hanyut)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama 
Hasnul Rahmat (Kapcai Ayah)

Pelakon Wanita Terbaik Drama 
Fasha Sandha (Terima Kasih Ramadan)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem 
Khir Rahman (Rock Bro)

Pelakon Wanita Terbaik Filem 
Sangeeta Krishnasamy (Adiwiraku)

Drama Komedi Terbaik 
Budak Ijat

Pelakon Komedi Terbaik 
Ellie Suriaty

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama 
Remy Ishak Pesan Dari Tuhan

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama 
Azizah Mahzan (Terima Kasih Ramadan)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem 
Khalid Salleh (Hanyut)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem 
Diana Danielle (Hanyut)

Rancangan Majalah Terbaik 
Misi K 2016

Rancangan Realiti Terbaik 
3 Juara Akhir

Rancangan Anugerah Terbaik 
Anugerah Juara Lagu 31


Tiada ulasan:

Catat Ulasan