Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Zayan FM, tampil pilihan berbeza



ZAYAN FM ialah sebuah stesen radio Malaysia baru berbahasa Melayu yang dikendalikan oleh Astro Radio Sdn. Bhd. Stesen radio ini memulakan  siarannya pada 2 Oktober  lalu. 

Menariknya, stesen radio ini berkonsepkan 'Gaya Hidup Muslim Kontemporari' menyasarkan pendengar Muslim berusia 18-34 tahun di mana pengisian kandungannya adalah berbentuk Islamik.

Malah lagu-lagu yang bakal keudara juga adalah berunsur positif dan ketuhanan sama ada daripada penyanyi tempatan mahupun antarabangsa.




Antara penyampai radio ini adalah terdiri daripada juara Akademi Fantasia musim ketiga iaitu Mawi, bekas penyanyi kumpulan nasyid, Anas, penyanyi lagu ketuhanan Raqib, Falyq dan pengacara rancangan Bismillahdduha (Astro Oasis), Lin Ariffin. 

Sementara itu, antara segmen yang disediakan di Zayan adalah Salam Bros Mawi & Anas (6-10 pagi), #ZOTD Lin Ariffin (10 pagi - 3 petang), Zayan Valet Raqib (3 petang - 7 malam), Zayan Fikir (7- 8 malam) dan Zayan Cafe Falyq (8 hingga 12 tengah malam).

Jom kita dengarkan #indahdihati. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments