NAMA Mila Jirin tiba-tiba panas gara-gara satu gambar dirinya beraksi di dalam tab mandi tersebar. Gambar yang tular ini menjadi kecaman netizen kerana disifatkan tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita muslimah.
Sebenarnya ia hanyalah gambar biasa sahaja, cuma mungkin seluar yang dipakai Mila mengikut warna kulit dan diambil pula di dalam tab mandi, ia terlihat tidak kena dengan imej muslimah penyanyi ini.
Walau bagaimanapun penyanyi ini sudah meminta maaf kepada semua pihak yang kurang senang dengannya. Menurutnya, gambar itu diambil secara suka-suka sewaktu sesi fotografi sebuah akhbar tetapi dimuat naik oleh salah seorang daripada mereka yang terlibat dalam sesi tersebut tanpa pengetahuannya.
Kesal dengan apa yang berlaku, Mila telah meminta rakannya untuk memadamkan gambar tersebut daripada akaun instagramnya, namun semuanya sudah terlambat apabila gambar tersebut telah pun tular dimedia sosial.

Apapun, diharapkan agar isu ini tidak diperbesarkan lagi, apatah Mila sendiri sudah membuat penjelasan dan meminta maaf kepada semua. - 7KLIK
0 Comments