Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TIZ ZAQYAH PERTAHAN TINDAKAN


PELAKON Tiz Zaqyah hari ini meluahkan rasa kekecewaannya apabila pertanyaan ikhlas tentang kebajikan anak seni yang diajukan kepada kepimpinan Persatuan  Seniman Malaysia (SENIMAN) di laman instagram miliknya semalam telah disalah erti dan mendapat respons yang negatif daripada presiden Seniman, Zed Zaidi.

Zed dalam satu kenyataannya semalam menyelar tindakan Tiz yang dianggap hanya tahu merungut di media sosial tanpa merujuk terus kepada pihak Seniman.

Bagaimanapun, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Nur Kaseh ini mengakui mempunyai alasannya yang tersendiri bagi menyokong tindakannya itu.

Justeru, hari ini Tiz sekali lagi menerusi laman instragram milknya tampil membuat penjelasan dan menjawab bebeberapa persoalan yang ditimbulkan oleh presiden Seniman terhadapnya semalam.




Penjelasan yang dilakukan Tiz telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Malah ia turut menarik perhatian rakan-rakan artis yang juga sependapat dengan pelakon ini.

Apapun semoga kemelut ini bertemu jalan damai dan sama-sama kita mencari jalan penyelesaian untuk kemajuan dan kebaikan industri seni. 

Post a Comment

1 Comments