Hot Posts

6/recent/ticker-posts

11 TAHUN MENUNGGU, SITI NURHALIZA KINI HAMIL 4 BULAN


TAHNIAH kepada Dato' Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid Muhamad Jiwa yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Selepas 11 tahun menunggu dan pada usia 38 tahun, akhirnya doa impian Siti untuk memiliki cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dgn suami bakal menjadi kenyataan. Siti baru sahaja berkongsi berita gembira tentang kehamilannya ini secara live di akaun Instagram miliknya bersempena majlis kesyukuran yang diadakan di kediamannya sebentar tadi.




Siti secara jujur juga mengakui telah melakukan rawatan kesuburan di sebuah Pusat Perubatan untuk tujuan ini.


"Diakui, ini adalah percubaan saya yang kebebeberapa kali, dan alhamdulillah kali ini Allah berikan rezeki kepada saya dan suami. 
"Selama empat bulan melalui fasa ini, saya tdiak keluar rumah dan hanya berehar di bilik sahaja," ujarnya yang pernah mengalami keguguran dua tahun lalu.



Dalam pengumuman tersebut, Siti menjelaskan kini sedang hamil empat bulan dan bakal berehat panjang untuk memberi tumpuan kepada kandungan dan proses kehamilan yang sedang dilaluinya. Ia juga sekaligus menjawab segala teka-teki dan spekulasi yang tular di media sosial semenjak kebelakangan ini.

Dato' Siti dalam kenyataan tersebut turut memohon maaf kerana semenjak empat bulan lalu  terpaksa menolak banyak undangan  nyanyian termasuk untuk acara-acar besar yang berlangsung d


.

Menurutnya lagi, selepas ini dia akan berehat panjang dan hanya akan terlibat dengan acara tertentu yang telah dipersetujui lebih awal dan tidak menuntut komitmen yang tinggi daripadanya. Atas sebab itu, Siti turut memohon agar peminat dan pihak-pihak terbabit memahami situasi yang sedang dilaluinya sekarang.

Sekali lagi, tahniah dr kami di Red8SpaceDotCom dan kami doakan semoga kesihatan Dato' Siti dan bayi dlm kandungan sihat walafiat. Amin..
.

Post a Comment

0 Comments