Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SOUL STATION, SEMPENA ULANG TAHUN KE-10 ASTRO OASIS


ASTRO Oasis, saluran yang mengangkat dan menghasilkan kandungan-kandungan Islamik di Malaysia, bakal menganjurkan Karnival Soul Station #SatuDestinasi bersempena meraikan ulang tahun ke-10 saluran tersebut dalam industri penyiaran tempatan.

Karnival yang bertemakan ‘Destinasi Reunion Untuk Semua’ ini berlangsung selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Oktober 2017, pada pukul 9.00 pagi hingga 11.00 malam di Universiti Selangor (UNISEL), kampus Shah Alam.

Selari dengan tema Destinasi Reunion Untuk Semua, karnival ini akan menghimpunkan barisan pendakwah, penyanyi, pengacara dan pelawak terkemuka tanah air yang pernah menghiasi program-program popular di Astro Oasis untuk memeriahkan karnival ini.

Antaranya adalah UNIC, Hijjaz, Rabbani, Oki Setiana Dewi, Hafiz Hamidun, Mawi, Atu Zero, Syuk Joras, Mat Dan, Bienda, Liyana Jasmay, Imam Muda Asyraf, Akhil Hayy, Ustaz Amin Idrus, Ustaz Dato’ Hassan Mahmud, Ustaz Zulkarnain Hamzah, PU Amin dan ramai lagi.

Bercerita lanjut mengenai karnival ini, Ahmad Fuad Mat Ali, Pengurus Saluran Astro Oasis menyifatkan penganjuran karnival ini adalah sebagai hadiah kesetian penonton terhadap saluran Astro Oasis.

“Saya yakin, himpunan nama-nama hebat dan diselangi pula dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik mampu menarik ramai pengunjung baik dari Selangor mahupun dari seluruh negara untuk sama-sama hadir meraikan ulangtahun Astro Oasis ini.
 
“Kami menyasarkan seramai lebih kurang 15,000 orang pengunjung yang terdiri dari pelbagai peringkat umur akan hadir sepanjang tiga hari berlangsungnya karnival ini dan berharap mereka bukan hanya mendapat hiburan semata-mata tetapi turut membawa pulang ilmu yang bermanfaat.
 
“Bertepatan dengan nama yang diberikan, ‘Soul Station #SatuDestinasi’, karnival ini bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni seterusnya membersihkan jiwa mereka yang hadir dengan pengisian dakwah yang telus, berhemah dan suci,” katanya.
 


Antara aktiviti-aktiviti menarik menanti pengunjung adalah Konsert Reunion, Sesi Beramah Mesra Dengan Selebriti, Pesta Aiskrim, Hadi Fayyadh X Teega, Forum Vaganza,  Futsal dan bola jaring, senamrobik, dan macam-macam lagi.

Terdapat juga aktiviti-aktiviti Islamik santai seperti Tazkirah Malam Jumaat, Shah Alam Berselawat dan sketsa ilmiah.

Sepanjang 10 tahun bersiaran, Astro Oasis telah berjaya membawa pembaharuan segar dalam persada hiburan tanah air khususnya hiburan berlandaskan Islamik dengan memperkenalkan beberapa rancangan realiti televisyen yang mengangkat bakat serta mesej-mesej agama seperti program Imam Muda, Pencetus Ummah, Tahfiz Muda dan terbaharu Gema Gegar Vaganza yang telah membuka banyak mata terhadap hiburan dalam Islam.

Usaha demi usaha yang dilaksanakan Astro Oasis dalam menyampaikan dakwah menerusi pendekatan yang lebih kreatif dan moden ternyata berhasil dan berjaya memberi impak yang positif.


Post a Comment

0 Comments