Hot Posts

6/recent/ticker-posts

RAIH 17.9 JUTA, ABANG LONG FADIL 2 BENAM REKOD POLIS EVO


TAHNIAH dari kami di Read8Space buat Syafiq Yusof selaku pengarah dan seluruh tenaga penggerak filem Abang Long Fadil 2 yang telah berjaya mencatat sejarah baru dalam dunia perfileman Malaysia apabila berjaya meraih kutipan panggung sebanyak RM17.9 juta selepas 39 hari tayangannya.

Filem terbitan Skop Production dan Astro Shaw ini membenamkan rekod kutipan filem tertinggi yang sebelum ini dipegang oleh Polis Evo (2015) dengan kutipan sebanyak RM17.8 juta dan sekaligus menjadi filem tempatan no. 1 paling laris di Malaysia setakat ini.




Filem yang mula ditayangkan pada 24 Ogos lalu ini membariskan pelakon seperti Zizan Razak, Syamsul Yusof, Datuk AC Mizal, Wak Doyok, Achey Bocey, Shuib Sepahtu, A. Galak, Tania Hudson dan lain-lain.

Menariknya, sehingga kini filem ini masih ditayangkan di 77 buah pawagam seluruh negara dan terus mendapat sambutan yang positif daripada penonton.

Apakah kutipannya akan mencecah ke angka RM20 juta? Sama-sama kita tunggu dan lihat. Apapun, tahniah buat Abang Long Fadil 2. Terbaik boh! 




Abang Long Fadil mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil (Zizan Razak) yang terjerumus ke dalam dunia mafia yang didalangi oleh Taji Samprit (A. Galak) dan anaknya,Wak Doyok (Wak Doyok). Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh . Sasaran pertama Fadil adalah King Kong (Datuk AC Mizal), seorang yang gila kuasa dan merupakan musuh kepada Taji Samprit.

Post a Comment

0 Comments