Hot Posts

6/recent/ticker-posts

LAUDYA CYNTHIA BELLA BERAYA DI RUMAH AMY SEARCH?


NAMPAKNYA si cantik manis kesayangan ramai, pelakon yang sebelum ini cukup dikenali menerusi filem Syurga Yang Tak Dirindukan, Laudya Cynthia Bella semakin terbuka tentang hubungannya dengan Engku Emran (EE) yang juga merupakan bekas suami kepada Erra Fazira.   

Jika sebelum ini kedua-duanya mengambil pendekatan berdiam diri tanpa memberi sebarang maklum balas terhadap khabar angin yang mengatakan mereka berdua mempunyai hubungan istimewa, kini Bella dan EE dilihat mula berkongsi foto mereka bersama di laman sosial  seolah-olah membenarkan khabar angin yang sedang bertebaran. 




(Foto: Instagram Nora Danisha ketika berada di Indonesia)


Seminggu yang lalu, Engku Emran dilihat mengunjungi Bella di Indonesia, kini Bella pula kelihatan berada di Kuala Lumpur menerusi sekeping gambar yang dikongsikan oleh penyanyi Amy Search di Instagramnya yang menyaksikan EE turut bersama di dalam gambar tersebut selain Amy dan isterinya. Difahamkan gambar tersebut diambil ketika mereka beraya di rumah Amy Search.




Pengkongsian sebuah video dari Erra Fazira yang menyaksikan anak perempuannya, Engku Aleesya sedang membaca Al-Quran juga telah menarik perhatian Bella apabila pelakon dari Indonesia itu  turut 'like' pada video tersebut.

Apa pun status hubungan mereka berdua, marilah kita mendoakan yang baik-baik. Kalau ada jodoh tidak  mana... 
  

Post a Comment

0 Comments