22 Mac 2017

MENGANDUNG DI LUAR RAHIM, ISTERI HAZAMA JALANI PEMBEDAHAN


PENYANYI Hazama berkongsi berita sedih apabila isterinya, Genervie Kam telah dimasukkan di sebuah Pusat Perubatan di Subang Jaya semalam. Genervie disahkan mengandung di luar rahim dan terpaksa menjalani pembedahan di atas nasihat doktor.

"Semoga cepat sembuh. Blom ada rezeki kita lg sayang. Tuhan dah ada plan yg lg baek utk kita.."

Bagaimanapun khabarnya semua dalam keadaan selamat dan sama-asmalah kita doakan kesejahteraan buat pasangan ini. Insya-ALLAH ada hikmat di sebalik apa yang berlaku ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan